[Puisi] Jangan Tunggu

1:02 PM
Dia mungkin garang,
Dia mungkin tak memahami,
Dia mungkin old-fashioned,
Dia mungkin cerewet,
Dia mungkin kuat meleter.

Tapi dia lebih tahu
apa yang terbaik untuk anaknya,
Marahnya bukan sekadar marah,
Ada pengajaran yang dia mahu anaknya pelajari.

Wahai anak,
Seburuk mana pun
dialah ibumu,
Dan kau adalah permata hatinya,
Yang sentiasa menjadi kebanggaannya,
Walaupun kau lahir tak seperti yang lain,
Jangan tunggu
tapi peluklah dia dahulu,
Pintalah keampunan,
Kerana mungkin esok lusa
dia akan pergi menyambut seruan Ilahi..




p/s: Sebak dada masa taip nih.. haha :')

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.