Koleksiku Yang Ciput

12:13 PM
ASSALAMUALAIKUM & HAPPY MERDEKA EVERYONE....!

Lamaa sudahh saya tidak update entry disini oh sebab sibuk degima turun ladang hari-hari pasal FYP inilah, tapi macam tidak pandai siap-siap juga tu. Padulilah tu ya kita cuti merdeka dulu ni hari [Sabahan slang]. Saya mau tanya, gambar apakah dibawah ini?



(Sumber: Tumblr)

INI IALAH SYURGA DUNIA, KEPUASAN DIRI BAGI MEREKA YANG GILA PADANYA...!


Pada asalnya, saya bukan jenis orang yang suka berdandan.. Malah prinsip hidup saya pun "biar tak mekap asal muka tak minyak, badan tak bau" hahaha... Puncanya, sejak SMK lagi si ibu tak pernah izin anaknya ini untuk mencalit apa-apa dimuka melainkan skincare, dia takut muka saya rosak katanya [sampai curi-curi saya pakai mekap sebab takut kantoi]. Lepas tu, character saya sendiri yang gila-gila membuatkan saya tak rasa 'ngam' pun mau mekap, saya fikir mekap cuma untuk gadis yang feminin, aiseh..

Zaman asasi yang ribena dan gila-gila,
 selalu buat muka senonoh kalau selfie -_-

Betullah apa kata sains, phenotype [sifat luaran] dipengaruhi oleh genotype [genetik] dan persekitaran. My mum, in her younger days was a makeup junkie! Mungkin genotype tu turun kepada saya hahaha, dan masa degree ni pula kawan-kawan disekeliling juga memang jenis orang yang berdandan. So, saya pun akhirnya jadi gila sendiri bila masuk drugstore bahagian mekap tu, lagi-lagi di Sephora.. macam mau kerja sana terus! 

Masih ingat lagi dulu-dulu pakai mekap bukan praktis selalu tapi bila sampai tarikh dinner, pagi ini baru saya begegar-gegar pegang berus padahal malam tu mula acara. Shawl merah dibawah tu dinner tahun 1 dan yang hitam pula tahun 2, apa macam.. jauh beza kan? Hahaha 

Lucu bila tengok balik tapi entah kenapa upload di FB haritu
 orang cakap mekap bagus, part mana yang bagus tu tak taulah haha

Gambar dibawah ni menunjukkan koleksi mekapku yang ciput.. jauh sangatlah kalau dibanding dengan gadis-gadis instafemes, jenama pun campur-campur. Tapi dengan harta saya ni bolehlah achieve that daily makeup look. Sekarang pun bukanlah hari-hari mencalit dimuka tapi kalau kuliah atau keluar bandar wajib pakai semua-semua ni, untuk boost self-confidence juga.

Long way to go.....
What's in my drawer?
Foundation  
Eyeliner  
Mascara  
Beauty blender  
Lipstick  
Lipgloss  
Blush/bronzer duo  
Eyeshadow  
Eyebrow pencil  
Eyebrow powder  
Makeup remover  

Pada pendapat saya, tidak salah untuk seorang perempuan bermekap asalkan tidak keterlaluan. Bukanlah satu kewajipan bagi semua orang sebab kalau seseorang tu yakin dengan bare face dia, bah itu pilhan masing-masing. Kepada lelaki yang suka gadis bermuka natural tanpa mekap tu kamu pikir dia tidak pakai mekap kaa? Hmmm.... silap kamu, ada satu teknik mekap yang dikenali sebagai 'No makeup look' ah... hahahaha

Nantikan comeback saya Disember ini... final year dinner tuuu hahahaha!!

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.