Ketahui Perangai Anda

11:42 AM
      Sila jawab soalan2 dibawah ini dengan jujur, andai tak pasti, minta orang nilaikan. Sebaik2nya seseorang yang sangat rapat sebab mereka lebih mengenali korang, hanya perlu jawab YA atau TIDAK je. Lepas dah jawab, kira mana yang lebih banyak [kira berdasarkan warna kotak tuh ya]

Adakah korang....

mengetahui personaliti anda
Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar














KEPUTUSAN:
Kalau lebih cenderung kepada perangai2 yang ada pada kotak;

Pink cair?
Jenis yang SANGUINE, orang yang happy-go-lucky dan suka2. Boleh mewujudkan suasana yang meriah pada satu keadaan yang suram, volunteers kebanyakannya datang daripada golongan sanguine nih. Cuma ada sesetengah orang yang tak boleh match ngan sanguine nih seperti choleric sebab terlalu banyak bermain. Know others limit okay?

Hitam?
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, itulah CHOLERIC. Leader yang bagus, sebab boleh lead orang ramai secara automatiknya, tanpa disuruh. Mempunyai misi dan visi yang jelas dan nyata, sentiasa ada aim. Dikatakan agak ber'matching' dengan si melancholy. Tapi apapun, kena consider orang lain jugak, sebelum buat sesuatu untuk mengurangkan perselisihan faham.

Putih?
Iras wajah yang kurang senyum, maka nampaklah itu seorang yang MELANCHOLY. Korang nih sangat details orangnya, considerate: "kenapa kena buat begini?" dan "apa kesannya kalau aku buat macam ni?" Pendek kata memang banyak berfikir lah. Apapun, senyumlah selalu okey?

Hijau cair?
Siapakah lagi orang yang paling cool selain si PHLEGMATIC? Sangat selamba, santai. Bersikap atas pagar, sebab itulah sentiasa menjadi pengantara. Ada ketikanya boleh jadi seorang yang cepat berserah pada takdir, hanya kerana kegagalan yang lepas. Kebiasaannya match dengan semua orang.

      Siapapun korang, masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Melalui four temperaments ini jugak korang boleh cari kawan, bidang pekerjaan yang sesuai dan soulmate jugak. Aku pulak ada 2 yang mendominasi, iaitu melancholy dan phlegmatic? Korang pulak bagaimana?

4 comments:

Megat Fareto Asnami Suhaimi said...

Hijau cair! :)

Schazey said...

Aku pulak melankoli :)

tiangyangberkata said...

aku cenderung utk jadi semua! mcm mana ni?

Schazey said...

mksudnya seimbang la klu mcm tu, hahaha

Ceritera. Powered by Blogger.