Braces: DO's and DON'Ts

9:35 AM
       Abes cer pasal proses pemasangan braces, skrg nih beralih pulak kpd DO's AND DON'Ts semasa menjalani rawatan
       Kalau diikutkan istilah sains, "masa rawatan berkadar terus ngan cara penjagaan gigi" nak gigi cepat align, kena jaga bagus2 dan sila ikuti pantang larang ini:


  • Menggosok gigi, sebaiknya setiap kali selepas makan
  • Gunakan berus gigi khas [ kalau takde pun berus gigi biasa pun jadi laa janji gosok habis2an haha ]
  • Rajin2kan diri untuk memflos gigi, supaya sisa2 makanan yg tersangkut kat celah2 gigi tu clean [ kalau dibiarkan kang jadi karang gigi - melambatkan pergerakan gigi ]
  • DILARANG mengambil makanan yg keras, besar dan melekit (kacang, keropok, daging liat, gum kunyah dll) bab makanan2 sebegini akan merosakkan aplians alat ortodontik [ Means takleh makan buah dah? Eh, sapa kata takleh, cuma kenalah potong makanan tuh sekecil2nya sebelum makan ]
  • Sila patuhi temujanji yg telah ditetapkan oleh kerana kegagalan utk memenuhi temujanji itu akan memperlambatkan proses rawatan [ sebabnya setiap temujanji tuh doktor akan buat adjustment yg sangat membantu utk pergerakan gigi ] kalau selalu skip appoinment silap haribulan doktor tuh takmau proceed rawatan engko, baru tau :P
       Ala leceh lah.. cerewet sangat penjagaan braces nih.. memang pun cerewet..kadang menyusahkan pulak, aku nih dah setahun lebih tak makan buah2 fev aku yg keras2 tu, popcorn, chewing gum, etc..

p/s: Untuk mendapatkan hasil yg EXCELLENT sila patuh pada arahan doktor :)

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.