Dari Sahabat Kepada Sahabat
Sedang aku menelaah pelajaran tadi [ maklumlah midterm minggu depan] tiba2 datang pulak satu mesej daripada seorang kawan baik aku, mesej motivasi nampaknya. Memang kebiasaanlah kan hantar mesej2 macam nih, tapi entah kenapa aku sangat tertarik dengan mesej tuh, aku suka ayat2 tuh, memang melekat habis kat hati aku hehehe.
Mesej itu berbunyi:
Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki,
Dari mana kita belajar untuk IKHLAS.
Jika semua yang kita impikan segera terwujud,
Dari mana kita belajar untuk SABAR.
Jika setiap doa kita segera tertunai,
bagaimana kita belajar untuk IKHTIAR.
Jika hidup kita selalu di limpahi kesenangan,
Bagaimana kita dapat mengenali Tuhan
dengan LEBIH DEKAT.
YAKIN dan PERCAYALAH
segala ketentuanNya adalah yang TERBAIK
untuk KITA...
Sebagai insani yang selalu tenggelam oleh duniawi, sama2lah kita buat refleksi diri, kerana BESAR maknanya dibalik ayat itu.. :)
1 comment:
believe in qada' & qadar kan ;)
Post a Comment