Kehidupan Selepas Asasi...

1:25 PM
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

   Sudah pun seminggu kami meninggalkan alam asasi dan beginilah, dalam masa 3 bulan yang terluang ini ada yang ambik part time job kat mekdi, jadi suri rumah yang baik, tukang kebun yang cemerlang dan jadi penanam anggur yang berjaya [menganggur] tapi tak kisahlah apa korang buat, janji jangan lupa qada' tidur tuh hahaha..
    Kemarin baru je diumumkan keputusan peperiksaan semester 3 kami, alhamdulillah semua orang lulus paper kimia organik [paper yang paling perghhh] lepas tuh, semua orang bingung nak pilih apa utk degree nanti, sebab mana boleh main pilih ikut suka-suka sendiri, kena selaraskan dengan minat dan pointer terutamanya. Aku dah letakkan minat dan kelayakan aku pada pilihan pertama, kalau terpilih ke sana, Inshaa Allah berpuasa sunatlah kan? :)
    Terima kasih bebanyak pada semua pensyarah, tutor dan demo diatas tunjuk ajar selama setahun sebulan itu, semoga lepasan Asasi UMS dapat menjadi lebih professional dalam menyiapkan assignment sebab kami lebih awal terbiasa dengan format UMS [dengan harapan begitulah kan?]. Pendek kata, ASASI is not only for MEMORIES but for the FUTURE...

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.