Alkisah: MSM UMS 2013/2014
"Wahai hati, simpanlah janji kami ini..."
Proses pendaftaran aku berjalan dengan smooth, lagi menggembirakan aku dapat bilik berdua [sebenarnya aku ok je kalau dapat bilik berempat, tapi masih prefer bilik berdua :p] dan roomate aku tuh berasal dari Sibu Sarawak :)
Kolej kediaman kat UMS pun ada dah improvement dari aspek perabotnya, cantik dan lebih praktikal :)
Kat AB perabotnya warna hijau :)
Gambar kat atas pula menunjukkan pakej2 MSM yang kami terima
[sape kata free.. yuran pendaftaran tau hahaha]
Kami orang2 kampus Labuan dan Sandakan tak lama stay kat kolej induk nih, 5 September kena bertolak ke kampus masing2, maka dengan itu aku gunakan peluang sebaiknya untuk lepak kat 1Borneo buat kali terakhir
Pada hari Majlis Ikrar & Aku Janji, kami semua pakai seragam iaitu hijau putih. Setelah terlafaz ikrar, kami sah bergelar siswazah UMS dengan kontrak selama 3,4 dan 5 tahun. Perasaan aku ketika itu? Terharu dan berdebar2, apa yang bakal berlaku selama 4 tahun itu? Ya Rabb, permudahkanlah jalan kami..
"WELCOME TO CAMPUS LIFE, YOUR JOURNEY HAS BEGIN"
1 comment:
yumida pun pnh study kat ums
masih gah dewan besar ni
cantik!
kalau free, jemput LIKE post ni:
LIKE SINI
TQ :)
Post a Comment