Hijab: Itulah kenyataannya

11:12 AM
Entri ini ditulis bukan bertujuan untuk menyalahkan golongan tertentu, sekadar dikongsi untuk memberi peluang kita berfikir dgn menggunakan akal yg dikurniakan.

Petang itu, aku bersiar-siar disekitar kampung bersama teman baik, kami bercerita dan bertukar-tukar pendapat. Seraya itu juga, kami bertembung dengan 2 kanak-kanak lelaki yang aku kira keduanya baru berumur 8 tahun. Melihatkan hijab yang aku pakai, tiba-tiba berkatalah seorang itu kepada kawannya,
 "Eh, orang Muslim lah"
Aku dan temanku itu hanya tersenyum.
 Mungkin pandangan itu agak asing di mata masyarakat yang majoritinya bukanlah beragama Islam, malahan kaum keluarga dan sahabat baik aku juga termasuk dalam golongan tersebut.

Bukan mahu membuka pekung di dada tapi kenyataannya aku sendiri bukanlah bermula dengan baik,dahulunya bertudung hanya kerana tidak mahu melanggar peraturan sekolah! 

Dahulu..
Aku berfikir,
"Untuk apakah aku bertudung namun perangai macam syaitonnirojim?"
"Aku juga mahu bertudung tapi biarlah diri ini sudah bersih daripada kesalahan"

Sekarang..
Aku telah mendapat jawapannya,
"Semua orang melakukan kesilapan, jadi kenapa mahu tambah-tambahkan dosa yg sedia ada?"
"Yang tidak menutup aurat tu lagi pasti masuk ke NERAKA"

"Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat." Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.