Apa itu MUET?

4:11 PM
Kalau ditanya budak-budak zaman skang nih.. ni jawapan diaorg:

"MUET tu MUET laa.."
"Ermm.. Makanan, haha"

Rasanya mau je aku lepuk satu2 kepala diaorang tuh, okeh lupakan itu, nih mari kita teruskan kepada topik asal.

MUET ni ialah akronim bagi Malaysian University English Test di mana kecekapan berbahasa Inggeris para pelajar dinilai dan ia sememangnya satu KEWAJIPAN untuk memasuki IPTA/IPTS. Bermaksud, tiada sesiapapun yang boleh escape daripada MUET nih melainkan anda takmau masuk universiti.

APA ADA DENGAN MUET NI?

MUET merangkumi empat komponen iaitu Speaking Test, Reading Test, Writing Test dan Listening Test yang masing-masingnya membawa 45 markah, 120 markah, 90 markah dan 45 markah. Band 1 merupakan yang paling terendah manakala band 6 merupakan yang tertinggi dengan markah agregat 260-300.

SIAPA YANG KENA AMBIK MUET NI?

Semestinya kepada pelajar Pra-U yang bakal meneruskan pengajian di universiti.

MUET SEBAGAI PENENTU KERJAYA..

Mengapakah begitu? Sebabnya dah terlalu ramai sangat graduan universiti yang masih mencari peluang pekerjaan dan band MUET ini dijadikan sebagai timbang tara agar yang betul-betul cekap berbahasa Inngeris sahaja yang di ambil bekerja. Pastikan sekurang-kurangnya Band 3, band 4 bagi yang ingin mengambil jurusan perundangan dan band 5 bagi jurusan kedoktoran.

BILAKAH MUET DIADAKAN?

Mulai tahun 2012, MUET akan diadakan 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November.


PERSIAPAN DIRI...

Sila duduki ujian dengan bersungguh-sungguh kerana sesungguhnya amatlah sukar untuk menduduki ujian ini buat kali yang kedua [Nak urusnya bukan mudah, bukan murah tau, RM 101, jangan biarkan wang itu melayang dengan sia-sia]

BERSAMBUNG...

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.