Buah Tangan dari Mekah

10:04 PM
    Awal bulan April lepas, papa dan ahli keluarga yang lain berangkat ke tanah suci Mekah, untuk kesekian kalinya bagi mengerjakan ibadah umrah. Aku bukan tak pernah di offerkan untuk join ke sana, tapi, masa tuh aku tengah berhadapan ngan peperiksaan besar.
    Memakan masa 2 minggu, aku yang tinggal kat sini nih kena pandai atur bajet, dan masa itu pun aku tengah study week jugak, so tumpuan aku dapat diberikan kepada hal2 exam, nak keluar kat 1B sebelah tuh pun takut bajet habis, makanya aku luangkan masa + studi kat perpustakaan, lagi afdal [dapat belajar, bajet pun selamat hihihi]
    Petang tadi baru dapat jumpa ngan parents, aku pun tak lepaskan peluang itu untuk beli makanan2 fevret aku, memang fullblast shopping lah tadi.
    Dalam perjalanan balik ke UMS, papa minta aku untuk buka satu beg plastik kat sebelah aku tuh, rupa2nya jubah + tudung pulak [terharu] papa belikan dari Mekah, kami semua dapat buah tangan dari sana, kalau aku pakai jubah nih mesti orang tak percaya haha

Sori kalau kabur hehe


p?s: Insyallah, suatu hari nanti pasti akan jejakkan kaki ke rumah Allah [aku memang mau]

1 comment:

Ceritera. Powered by Blogger.