SATU PERJALANAN

11:23 PM
   Tak seperti mereka yang di kampus induk, kami yang di kampus Sandakan dan Labuan akan bertolak ke tempat masing2 untuk meneruskan program bersama sekolah pula [ini bermakna kami tak berpeluang untuk menonton sendiri Malam Bakat yang diadakan pada setiap MSM, yang dari semenanjung lagilah kesian, tak sempat pun nak lepak kat 1B].
    Di subuh hari 5 September itu, bagasi kami mula meninggalkan UMS induk [luggage jalan dulu, kami jalan awal pagi tuh]
    Kalau tak silap, bas kami bertolak pukul 8:00 am. Perasaan aku masa tuh, syukurlah aku tak nangis tau hahaha.. Sebak dada mengenangkan yang aku bakal berpisah dengan hometown yang tercinta, entah bila nak balik lagi kan? Tak sedih pun dapat belajar jauh2 nih :P cuma awkward sikitlah sebab kat Sandakan nanti aku cuma ada kawan2 seasasi aku, diaoranglah family aku selama 4 tahun disana kelak.


    Perjalanan tersebut memakan masa 6 jam [kalau naik flight 45 minit] tak termasuk singgah menyinggah kat Kundasang dan Telupid untuk cari makan ngan buat pelaburan maksima di tandas. Apa yang aku suka kalau naik bas ke Sandakan ini kita dapat lihat Gunung Kinabalu secara live dan berpeluang untuk merasai sebentar udara segar di Kundasang [tipulah kan kalau aku cakap Kundasang masih sejuk, nih semua global warming punya pasal]. Tak dilupakan juga, aku beli sekuntum rose, molek je warna dia [Nih memang benda wajib kalau pegi Kundasang]



    Lebih kurang jam 4:30pm kami pun tiba dan dalam bas tuh semua "WHOAAAA" ketika memasuki pintu utama SPL-UMS, memang cantik sekolah nih, rumah pensyarah rumah pelajar semua daebakkk... Okeh lah aku sambung kemudian, sibuk wei minggu nih tak sangka MSM belum berakhir lagi T.T



    

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.