Sang Pujaan Hati

7:07 PM
    Penantian selama 3 tahun akhirnya berbalas juga pada hari ini. Minat aku terhadap fotografi bukanlah perkara yang baru sebenarnya, seawal 15 tahun lagi [padahal dah lewat pun] aku mula berjinak2 dalam bidang ini, cuma mungkin aku belum punya rezeki masa tuh aku tak afford sebarang kamera DSLR melainkan kamera handphone. Masa tingkatan 4, aku berpeluang untuk pegang sendiri Nikon D5000 kepunyaan sepupu aku. Masa tuh jangan cakaplah memang dah berkobar2 semangat aku untuk beli 1. Tapi sekali lagi, aku tak dapat beli juga sebab aku bagi jalan kat braces untuk setel dulu. Akhirnya rezeki aku sampai juga, pada tahun 2013 ini.
    Pujaan hati aku nih bukanlah yang advance sangat, saiz pun molek gitu. Kalau dikira, aku dah boleh handle intermediate-level punya tapi aku saja mahu kembali kepada basic dulu [Kalau ada rezeki lebih, konfem beli baru lagi ahakss] Selamat datang kepada pujaan hatiku Nikon D3200. Aku berharap yang kamera aku boleh bagi kerjasama [kalau bab2 ambik gambar aku memang cerewet] :)
   Aku dah lama skodeng pujaan hati aku nih cuma tak berani nak luahkan hasrat, takut2 ada aral melintang lagi. Tapi apapun terima kasih kepada IPmart yang telah temukan kami. Pengalaman membeli gadget secara online takkan aku pernah lupakan. Nanti aku cerita kat korang ye ;)


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.