Cerita Tentang T.E.A.M.W.O.R.K

12:20 AM
    Sepanjang bergelar seorang pelajar, kita takkan sesekali terlepas daripada tugasan berkumpulan, daripada sekecil2 assignment hinggalah sebesar2 projek berkumpulan. Dalam 1 kumpulan tuh jangan ceritalah, macam2 jenis perangai korang boleh jumpa; ada yang rajin, ada yang pemalas dan ada juga yang langsung tak buat kerja [ini yang paling aku anti] Dan baru saja kelmarin terletus lava yang aku tahan selama ini. Tak percaya?


    Aku tak sangka yang aku boleh naik angin seteruk ini. Semua terjadi pun sebab aku tension dengan due date yang sangat hampir tapi kerja? habuk pun tarak. Kalau baca balik, aku sendiri pun tak suka dengan kata2 yang aku lemparkan dan tiada apapun yang boleh dibanggakan dengan ayat2 sebegitu tapi apakan daya kesabaran aku sangat2 teruji masa tuh; mesti orang lain anggap aku kejam


    Nasihat aku kepada sesiapa yang merasakan dirinya bekerja dalam 1 pasukan; kita mesti sentiasa mendahului masa, sebab masa akan semakin sempit tapi tugasan takkan pernah berkurang malahan semakin bertambah. Korang kena tahu, ada lagi orang lebih tegas dan straight away singkirkan nama sesiapa yang tak bagi kerjasama, maksudnya korang takkan dapat markah lepas tuh nanti malulah, apalah.. [siapa suruh tak buat kerja?] Jadi kasihanilah mereka yg b'sungguh2 siapkan tugasan, 'jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Kita sama2 pun sibuk jugak tapi tanggungjawab jangan dilupakan. Apa peranan teamwork kalau kerja kena buat sorang2? Bagus buat secara individu, lagi adil kan?

p/s: Tak perlu susah2 fikir cuma perlu imagine, bila korang bagi 100% komitmen terhadap kerja berkumpulan itu tetapi yang lain tak bagi kerjasama, apa perasaan korang?

2 comments:

Nae said...

pernah juga alami benda macam ni waktu di U..sakitnya hati Ya Allah..sakit hati berhadapan dengan orang macam ni..kalau lelaki kita bule faham la diorang ada certain2 part mmg jnis pemalas..ni kalau perempuan yang jenis macam ni nak cakap ape an?? xde yang salah pun dekat ayat awak nie..biar lah kita bertegas daripada kita diamkan aje...u did a gud job dear! :d

SchaE said...

@Nur Azwa Edora ya betul tu :)

Ceritera. Powered by Blogger.