Farm Nite 6: Winter Wonderland

9:28 AM
    Dah berapa hari berlalu baru aku berkesempatan untuk tulis entri pasal tajuk diatas, aku agak sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir di samping menambah entri baru kat blog sekolah. Mungkin sebab naluri blogger ini tinggi, aku cuba luangkan sedikit masa untuk publish entri terbaru. Ok, balik kepada tajuk diatas; Apakah itu FARM NITE? Pernah terdengar di mana2? Kalau tak pernah dengar, apakah ia adalah 'malam peladang'? Meh sini, aku bagi korang first impression melalui poster kat bawah nih

sekolah pertanian lestari ums

    Details kat atas cukup menjelaskan apakah maksud sebenar Farm Nite. Ia bukanlah malam biasa2 sebaliknya ia adalah antara acara makan malam tahunan diadakan di hotel. Setiap kali ada Farm Nite, semua mahasiswa SPL tidak lagi kelihatan seperti budak pertanian yang nak turun ke ladang, sebaliknya semuanya cantik dan segak bergaya macam jutawan pertanian ;)
    Ini merupakan dinner kali yang ke-6 dan aku berpeluang untuk join setelah dipujuk berkali2 oleh kawan. Pada mulanya, aku memang ada hati nak ikut, tapi entah apa yang berlaku kat pengurusan dinner, dresscode telah bertukar kepada "Men in Tuxedo, Women in Dress". Laa.. apa macam nih? aku dah beli dress separuh panjang dan jeans nih, perlukah aku ikut? Aku tak nak juga beli dress baru sebab aku bukanlah jenis yang suka pakai dress- sayang duit aku kalau beli benda tapi tak pakai selalu. 
    Since aku pun dah jadi usher untuk VIP, apa lagi aku pun rebel lah [Aku dah tak kisah dengan tema semua tuh] jadi aku pakai apa yang aku dah beli for sure mesti ada beberapa orang juga yang pakai jeans macam aku nih.
    Kami yang AJK bertolak awal ke venue. Disebabkan ketiadaan tempat yang sesuai untuk membuat persalinan, kawan aku check-in kat hotel tuh. Alhamdulillah, kami dapat diskaun [sempena cuti sekolah] dan ramai orang untuk share bilik [so bayar pun murahlah kan]. Lepas buat briefing dan rehearsal kat ballroom, kami pun bergegas balik ke bilik untuk bersiap. Pada malam tuh, aku tiba2 jadi mak andam [untuk diri sendiri je lah] sedangkan aku tak pandai pun bab2 mekap nih. Kawan2 cakap muka aku ok je, tapi aku tengok macam orang tua -_-

Memang tak sama macam hari2 biasa
Kawan yang menari pada malam tu :)
Kiri: Kawan yang jd MC Kanan:
 Kawan yang pujuk aku jadi usher
    Wah panjang pula bebelan aku kali nih. Ok lah, korang tengok2lah gambar2 kat bawah nih. Minta maaf tak dapat upload banyak gambar sebab line wifi tak cantik :(

farm nite spl ums


farm nite spl 2013

sekolah pertanian lestari ums

sekolah pertanian lestari
Abang king dan kakak queen
Kekawan dari tahun 1

p/s: Kitaorang balik kampus malam tuh jugak, tak dapat stay kat hotel, melepas wifi laju :(

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.