Kenangan di Hari Pertama Masuk Tahun Satu

8:12 PM
Oh! Media nih kan geram I tau, tiba2 bawa cerita pasal zaman kanak2 pulak nih yang I tak tahan nak cerita nih [Apa punya I daa..Sori2, sengaja]


    Entri ini dah lama jadi draf, sejak hari pertama sekolah lagi [tapi aku kan tengah final exam] so baru sekarang dapat publish, tiba2 aku rindu musim persekolahan aku yang dulu :(
    Antara detik terindah dalam hidup aku ialah masuk ke tahun 1. Aku masih ingat lagi, pagi tuh awal g*la aku bangun, dengan segala bangganya aku melangkah kat sekolah tuh bersama ngan beg sekolah yang ada roda, penuh ngan ntah apa yang aku isi -.-
    Aku nih betapa excitednya, siap lambai2 ex-classmates tadika lagi [padahal budak sekampung pun, macam tak pernah jumpa -.-] Aku nampak ada budak lain nangis, tak nak bagi parents balik rumah, tapi aku sangatlah... aku tak kisah pun kalau mama aku balik terus, aku lagi suka sebab terus dapat cari kawan. OK, KEJAM.
   Alhamdulillah, pengalaman 13 tahun lepas tuh takde lah kenangan yang buruk seperti jatuh, bergaduh mahupun kepala tersepit dalam kerusi, aku bersimpati kat beberapa adik yang terkena insiden tuh, sakit wei [tapi terfikir jugak macamana kepala boleh masuk dalam kerusi] 



p/s: Aku pun tahun 1 jugak sekarang, kat universiti hehe

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.