Sandakan Tour

10:59 PM
Baru sekarang aku berkesempatan untuk post entri nih, padahal benda dah lama berlalu -_-
   Final exam aku selesai pada (16/1/14) tapi disebabkan aku 'ter'book tiket dengan sangat awalnya, aku cuma boleh balik KK pada (18/1/14) so ada gap sehari kan? Nak buat apa dengan sehari tuh? Jadi aku pun rancang nak join kawan2 aku jalan2 pusing Sandakan sekejap dan aku  nak main boling :D
   Keesokan harinya, seluruh Sabah putus bekalan elektrik pula dan pulih sekurang2nya selepas 6 jam, aku pula nak keluar masa tuh "apa macam nih, nak jalan ke tak? kalau jalan bukan dapat ambik duit pun, apa macam nak makan??" Kawan aku sorang cakap, "tak payah keluar duit, saya belanja makan" Kita pun apa lagi, memang happy lah hahaha :D
   Yang keluar jalan ada 5 orang kesemuanya dan orang kelima itu adalah kawan baru  [yang baru kenal dalam kereta] nama dia Lee dari SPTA. Kami mulakan tour dari English Tea House & Restaurant. Kitaorang bercadang untuk order tea set [sebab aku dengar2 harga kat restoran nih boleh tahan jugak] tapi memandangkan takde letrik, terpaksa order Club Sandwich. Aku suka scenery restoran tuh sebab nampak bandar Sandakan dari atas [untuk pengetahuan, restoran nih bersebelahan dengan Agnes Keith House]
 
Akhirnya aku sampai ke sini juga

Kalau aku sorang memang tak kenyang makan nih,
 tapi niat aku setakat untuk rasa

    Pukul 7 malam gitu, kelihatan beberapa kedai kat bandar dah terang benderang. Jadi aku pun terus mengajak kawan2 untuk main boling. Rupa2nya, masih banyak kedai yang belum ada letrik tapi mujurlah kat boling tuh dah hidup [fuh] Memang bermacam2 skill dan stail yang muncul masa tuh. Aku setakat no.3 je, tak cukup ilmu lagi ><




    Alhamdulillah, pukul 8 malam gitu kat bandar dah ada letrik, kami pun menuju ke Buli Sim-sim, yang terkenal dengan makanan seafood [tempat wajib untuk melancong ke Sandakan]. Ini pun di sponsor oleh kawan juga [terima kasih banyak2] Memang bestlah masa makan tuh, terasa macam 1 famili 
Salah 1 restoran yang femes
Famili photo of the year

   Last but not least, Hotel Four Points. Buat apa kat sana? Beli kek, lepas tuh chill sebentar kat lobi [gaya macam nak stay sana padahal cuma lepak2 sekejap] sempat jugak aku ambik berapa keping gambar sebelum DSLR aku habis cas

Boss dan S/U ditepinya bersama 2 org klien 
   Kesimpulannya, hari tuh kitaorang memang enjoylah. Aku paling tak sangka plan aku untuk main boling pada malam tuh jadi kenyataan dan paling penting dapat ambil banyak gambar, terima kasih kawan2 :)


1 comment:

Navin Kumar said...

Cekap!!! Wow hebat..wow wow...hebat hebat wow!!! ^^

Ceritera. Powered by Blogger.