Tips dan Pengalaman Menghadiri Temuduga

12:01 PM
Pagi tadi, kawan lama aku Kathy inbox kat aku, nak minta tolong sesuatu. Rupa2nya dia nak minta tolong aku sharekan pengalamannya dalam blog untuk kemudahan bersama :) Since aku pun tak sibuk jadi aku terus buka blog dan mula kopipes. Kitaorang harap junior2 diluar sana dapat baca tips yang dia share kat sini, tips berguna tuh :)

Assalamualaikum and hi! Alhamdulillah, few hours ago I’ve been experienced my second time attending an interview. Also, its my second experience being the first person been interviewed. So here I am wanna share with you my experiences.

Sebelum tu pastikan semua dokumen-dokumen penting yang diminta disediakan lebih awal, bagi mengelakkan segala kekucar kaciran tidak berlaku. Jangan jadi macam aku last minit terpaksa tebalkan muka pegi rumah org minta tolong print resume (yah, baru smalam aku sedar yang aku tiada print resume ).. really owe that person a lot.. super millions thanks to you ms.Zabreena! may Allah bless you :’)

Then heels bagi perempuan sila lah polish awal2 dan tidak lupa juga bagi lelaki NO SNEAKERS! dan wajib bertali leher. Baju iron la d malam hari, takut blackout kan (bagi yg d luar bandar) , x pasal2 kena pkai ‘baju batik’ masa interview. Markah utk pakaian pun kurang.

*(jika kamu seorang yang mahal senyuman, tolonglah untuk beberapa jam itu sahaja murahkan senyuman itu, tayang gigi dan berikan senyuman paling manis yang anda ada) Bunga Besi: Siapa yang tau teknik senyuman 8 batang gigi boleh cuba ye..

1st masa sampai - bsedia d ruang menunggu, sediakan segala dokumen dan salinan asal bagi memudahkan ahli panel utk menyusun semua dokumen.. dan peringatan utk semua sbnarnya cara kita menyediakan dokumen tersebut pun ahli panel telah mula judge kita.. ingat 1st impression itu penting.

so lets straight to da point..

1) apabila nama d panggil, tarikh nafas baca doa dan tenangkan fikiran.. then baru lah ketuk pintu, masuk n beri ucapan selamat.

2) soalan-soalan, aku share apa yg aku ingat ja la k. (aku buat mcm conversation, bagi memudahkan kamu paham) since they know i am STPM leavers drg banyak tanya soalan KBKK. otak yang berkarat ini pun ku perahkan utk menggoreng jawapan..

*masa menjawab sila SENYUM & buat eye contact dengan ahli panel yg bertanyakan soalan..

*jawab dengan jujur dan sopan

ahli panel 1 (AP1) : assalamualaikum Khadijah, sila perkenalkan diri anda?
me : waalaikumsalam n blablabla (bnda ni jangan merapu sgt, cukup sekadar share pasal nama penuh, nama sklh, asal, umur, n bagitau ahli panel kamu sedang d interview utk jawatan apa)

AP1: adakah kamu sendiri yang mengisi borang spa ini sendiri?
me : ya, saya sendiri mengisi borang spa ini.

AP1: semasa anda ditawarkan untuk mengisi jawatan ini apakah tindakan yang telah khadijah lakukan?
me: semasa saya mendapat surat tawaran ini saya telah membuat rujukan tentang jawatan ini di klinik pergigian yang berdekatan, bertanya sendiri kepada doktor tentang semua yang berkaitan dengan pergigian. selain itu saya juga telah bertanya kepada beberapa orang senior saya yang telah melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama dan saya juga menggunakan perkhidmatan internet untuk mengetahui lebih mendalam tentang bidang ini..

*tips: tahun lepas aku juga d tanya soalan yang sama tentang tindakan yg d ambil selepas mendapat tawaran.. so diminta semua yang bakal di temuduga silalah pergi ke firma2 terdekat yang berkaitan dengan jawatan yang anda ditawarkan. aku rasa soalan ni pihak panel ingin tahu sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkan jawatan tersebut. dan juga sejauh mana kita minat dengan jawatan itu..

AP2 : apakah beza di antara institut kerajaan dan swasta?
me : (yang ini aku goreng.. haha) aku bezakan dari 3aspek iaitu gaji, cuti dan perkhidmatan kedua2 institut tersebut.

AP2 : jika sekiranya khadijah mendapat jawatan ini pada masa yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke institut tertinggi, yang mana satukah khadijah akan pilih. dan kenapa?
me : jika blablabla~ (yakinkan mereka yg kita pasti akan memilih spa, walaupun hakikat sebenar sebaliknya) mcm aku klau d beri peluang aku pasti akan pilih spa.. hee..

AP2 : apakah cita2 khadijah?
me : blablabla~~
*tips klau cita2 tu bidangnya jauh drpd bdg yg kita dtawarkan, yakinkan ahli panel yang tidak bermaksud yang anda tidak berminat dgn bidang yg ditawarkan..contohnya terangkan kenapa cita2 itu perlu ada pada seseorang individu untk mencapai matlamat hidup masing2..

AP2 : senaraikan penyakit2 gigi.
me : terdapat pelbagai jenis penyakit gigi antaranya ialah gigi ngilu, karang gigi, kelainan susunan pada gigi dan bnyk lagi *aku sebut yg aku ingat ja n wajib nyatakan nama saintifik bagi penyakit gigi tersebut* (what a relief, at last drg tanya soalan yg bkaitan dgn jawatan yg d tawarkan)

AP1 : siapakah Tuan yang Terutama Sabah?
me : maafkan saya, saya tidak tahu. ( ampun maaf d pinta )

AP1 : jelaskan konsep gagasan 1Malaysia
me : blablabla dengan pnjg lebarnya (agak mustahil bila seseorang rakyat Malaysia itu tidak tahu apa2 ttg gagasan ini )

AP1 : ok, sebelum berakhirnya sesi ini, ada apa2 soalan ?
*bahagian ni aku pulangkan paku keras tmp penemuduga tu balik.. hehe..

me : terima kasih kerana sudi memberi saya peluang untuk saya bertanyakan soalan dan memberi saya peluang untuk di temuduga sekali lagi.. soalan saya jika sekiranya pihak tuan sekali lagi tidak memilih saya untuk mengisi kekosongan ini, apakah faktor yang menyebabkan saya tidak dipilih? disini saya ingin memohon pencerahan daripada pihak tuan tentang bagaimanakah pihak tuan menilai seseorang pemohon? untuk lulus dalam temuduga ini..

AP1 n AP2 : *pnjg sbnarnya yg drg ckp, so aku ringkaskan k* attitude, pakaian, markah exam (jika ada) , keyakinan, cara bercakap dan sebagainya.

AP1 : ada apa-apa lagi?
me : *bahagian ni aku pujuk ahli panel supaya drg ambil aku.. promote diri sendiri.. yakinkan mereka dengan kelebihan yg kita ada ..

*sebenarnya ada macam2 jenis lagi soalan yang ahli panel akan tanya, kadang-kadang ahli panel akan uji kita untuk BER'speaking in english (aku x pernah lagi) . so untuk keselamatan bersama yang paling PENTING, selepas dapat surat tawaran, buat la persediaan awal seperti:

>dokumen
>melawat firma-firma yang berdekatan dan berkaitan dengan jawatan yang ditawarkan seperti hospital, klinik, pejabat dan sbgnya.
>ambil tahu serba sedikit bidang tugas yang ditawarkan.

-theEnd-

Ada yang kecewa sebab katanya sampai sekarang 1 interview dia tidak pernah d panggil, so dear friends this is for you; ada orang, ALLAH bagi rezeki awal, ada yang kena tunggu sikit. Yang penting, semua bukan sebab masa. Cepat atau lambat, yang penting ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita, ada sebab kenapa ALLAH bagi dulu, dan yang pasti ada hikmah dan sebab yang besar kenapa ALLAH mahu kita tunggu lama sikit. Percaya yang ALLAH adalah sebaik-baik PERANCANG, dan Dia lah yang menentukan.

> aku share tips dan pengalaman ini bukanlah mahu menunjukkan semua yang aku share tu BETUL, sebab aku sendiri pun sama ada aku lulus ataupun sebaliknya. so do PRAY 4 me ya! aku cuma mau bagi tengok. supaya ko boleh imagine bagaimana pejalanan sepanjang proses temuduga dijalankan. kalau ada yang ko rasa salah please JANGAN IKUT. ambil mana-mana 'isi' yang ko rasa ianya bermanfaat untuk kegunaan di masa hadapan. ok? semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada semua! #pray4me

thank you for reading my super long tips n experiences, double thumbs up for you! :')


Bunga Besi: Untuk hadiri sesuatu temuduga tuh, apa yang penting first impression korang (banyak aspek korang perlu jaga seperti etika berpakaian, cara duduk, cara jalan, cara bercakap) Memang rimas tapi faktor2 sebegini jugalah yang menyebabkan ramai orang sukar untuk lulus sesuatu temuduga tuh. Jangan lupa, baca seberapa banyak pengetahuan am sebab penemuduga nih boleh tanya yang kita tak boleh jangka, kekadang diluar daripada bidang yang kita nak apply tuh, siap sedia ok. Kalau nak hasil yang tiptop boleh buat rehersal ngan kawan atau mereka yang berpengalaman :)

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.