Latihan 8 Jam

8:29 PM
    Alhamdulillah, hari ini aku sempat ke sekolah memandu [akhirnya..] sebab minggu lepas tuh sibuk dengan midterm ditambah lagi dengan tanggungjawab lain kat program KAL 2014. Its a relief because now i can proceed my driving lesson, kalau aku lengah2kan masa lagi kang aku tak dapat lesen pada tepat masanya pulak.
    Hari ini masuk jam ke-4 latihan aku.. maksudnya ada setengah jalan lagi sebelum ke QTI dan JPJ. Kalau ikut perancangan aku, aku mesti simpan sekurang2nya sejam untuk latihan sebelum JPJ. TAPI...... tengok aku jugaklah, kalau aku laju catch up, dapatlah save 1 jam. Sedangkan latihan hari ini pun aku banyak bingung masa buat parking, apatah lagi buat QTI.
    Susah hati jugalah sebenarnya.. baru aku sedar yang 8 jam tuh tak cukup untuk aku, mesti kena buat extra class diluar. Banyak lagi yang aku tak lepas macam tukar2 gear, bawa kereta kat jalanraya betul pun belum lagi :/

p/s: Tahniah juga untuk kawan aku sebab dah lulus JPJ, minggu depan dia  dapat lesen P, so bolehlah minta tolong hantar nih..... :P
    

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.