Diari Hari Sukan

3:49 PM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T to all of you silent readers!


Tengok gambar kat atas ni.. nostalgik kan? Tengok warna-warni rumah sukan dengan bendera dan yell unik masing-masing, macam zaman sekolah dulu. Sukan ni baru diadakan semalam di kompleks sukan, program ni baru 2 kali diadakan. 

Dua hari sebelum sukan, semua rumah buat meeting untuk cari pelari. Aku dengan paksaan pun terima offer kawan untuk acara 1500m dan 4x400m dan dalam keadaan separa sedar aku juga terima offer untuk design maskot kami [macam tak percaya kan tapi aku tak tipu]. Tapi takpa, sebagai senior mau juga aku buat sumbangan untuk kali terakhir.. bak kata kawan-kawan "kita dah final year". Kalau ingat balik, larian terakhir aku ditrek adalah kira-kira 10 TAHUN lepas. Ya, masa tu aku berumur 12 tahun dan berlari untuk acara 100m [tu pun takda nombor]. Lepas tu aku elak diri daripada acara padang & balapan ni, aku jadi tukang soraklah, jadi AJK rumah sukanlah yang penting aku tak disuruh lari. Tapi kali ini aku pasrah, mungkin aku kena uji juga apa kemampuan aku untuk lari jarak jauh begitu.

Satu hari sebelum sukan, aku keluar bandar dengan kawan untuk cari barang-barang keperluan maskot. Malam tu kami buat maskot sampailah jam 2:30 pagi. Ramai juga orang bantu malam tu, thank you guys. Kalau diorang tak tolong memang mati akal sampai sudah. Also would like to say thanks to Soie for her willingness to have our mascot even for a few hours :)

Tidur lewat bangun awal pula.. pukul 7:30 pagi lagi dah terpacak kat kompleks sukan sebab acara aku mula awal. Lepas buat warming up tiba-tiba rasa berdebar sendiri, terasa lutut longgar semacam. Aku pun pasang earfon dengan volume yang kuat untuk tenangkan diri, "You might not win but let this be your own achievement", dan kami pun mula lari. Walaupun tak menang apa-apa tapi aku berjaya catat rekod untuk diri sendiri, bayangkan baru 2 hari joging secara serius dan saat itu aku masih gagah untuk habiskan larian so gembira jugaklah.

Banyak orang yang laju-laju dan ada endurance level yang tinggi. Lepas siap satu acara, terus ikut satu lagi.. dalam diam aku cemburu sikit. Aku bukanlah orang sukan, dari dulu mak aku tak izin aku bersukan. Baginya cukup untuk aku 'excel' dalam pelajaran, mula-mula aku membantah juga tapi lama-lama aku dah tak kisah sebab kat sekolah aku ramai lagi orang yang berbakat, lebih baik aku belajar terus. Tapi tengok kawan-kawan aku semalam persepsi aku berubah terus, "bestnya dapat lari dipadang yang bukan setakat perform tapi menang juga" :(

Petang tu acara penyampaian hadiah, kami menang hadiah maskot terbaik! Aku nak ucap terima kasih kat semua orang yang dah menolong sama ada secara langsung atau tidak langsung. Maskot itu bukan usaha seorang saja, apa yang menjadikan dia lebih kreatif sebab datang idea daripada orang lain juga. Dalam teamwork kita perlukan persefahaman dan toleransi barulah dapat hasilkan kerja yang da boom.

Rumah sukanku, The Bees
Maskot rasmi kami, Soie namanya student dari Thailand





No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.