Kisah si Gelombon

12:37 PM
    Sebelum orang tertanya-tanya apa maksud GELOMBON itu aku nak bagitau yang maksudnya adalah CHUBBY. Chubby? Siapa, akukah??

Assalamualaikum W.B.T you alls!


Dah lama aku nak story benda ni tapi sibuk sangat tadak chan, tiba-tiba hari ni masa aku tengah compile kerja kumpulan ada terbawa pula HDD dimana aku terjumpa pula gambar-gambar dibawah ni. Alkisahnya begini... Kalau ikut nature aku, secara genetiknya memang berasal (berasal?) daripada orang-orang yang tinggi dan kurus. Kurusnya aku dulu sampai mak marah-marah, sambil pegang pergelangan tangan aku, "Kau ni biar betul kurusnya, sakitkah?", "Kalau ada sakit mari jumpa doktor" etc,etc,etc... Umur sekolah menengah. tinggi 160cm berat 50kg, kurus sgt ke?

Selama ini memang maintain 2 benda tu dalam hidup aku, sampailah pada 1 tahap... lepas tamat SPM (Maklumlah dah habis sekolah so banyak masa makan-makan hahaha) tapi tu naik 3kg jelah, yang tak boleh blah ni masa aku asasi.. Aku taktau apa macam tapi boleh aku naik dari 53kg ke 58kg dalam masa SETAHUN! Tapi masa tu aku takda rasa menyesal pun, malah prinsip aku, "teruskan makan sampai tiba 1 tahap yang kena diet balik", gila apa aku ni....

Masa tu aku dah mula nampak mak aku naik risau pula, "Eh orang kurus dia risau, orang naik berat pun dia risau". Dia pun cakap kat aku suruh turunkan berat badan, "Sekali naik berat bukan senang turun" tapi rasanya aku ignore je masa tu.. I'm happy.. so what? (perghh)

Tiga tahun berlalu begitu dan aku masih ignorant tentang tubuh badan sendiri.. sampailah suatu hari di tahun 2016, aku turun ke bandar nak ambil parcel kat Pejabat Pos. Sampai giliran aku, aku pun tunjuklah IC kat orang tu, dia tengok muka aku tengok IC aku, "Ini kaukah?" aku iyakan, "Kenapa sana kau kurus sini kau besar pula?" Zupppp! Tepat ke hati. Gemuk sangatkah aku?

Malam tu susah aku nak tidur, berfikir strategi. Aku tengok diri kat cermin panjamg, "Apa macam aku tak perasan badan sendiri, apa yang aku fikir selama ni, mungkin sebab kawan-kawan cakap badan aku cuma berisi sikit?" Hujung minggu tu aku mula terus diet, aku tak makan nasi selama 2 bulan kecuali sayur dan daging (Rasa amazing pun ada sebab aku boleh tahan tak makan nasi).

Biar gelombon asal yakin..hahahahahaha (2014)
Selepas 2 bulan, aku start makan nasi lagi (tapi sikit-sikitlah), alhamdulillah berat dah turun 61kg ke 53kg (tapi naik 1 setengah lagi sebab 53kg mcm kurus sangat, hilang figure iolls hahaha). Apa yang jadi dengan aku sekarang? Aku tak boleh tengok badan aku capai 55kg pun sebab aku rasa macam chubby balik. 

Gambar semalam hahaha (2016)
Pesanan aku kat korang please watch what you eat, umur-umur 20an macam kita ni berat senang turun naik, jadi kalau dah dapat berat badan ideal tu sila maintain dengan jaga pemakanan ke, selalu bersukan ke.. Tips dari aku: Jangan makan lewat dari pukul 9:00 malam (orang kata pukul 7:00 malam juga) Jangan makan banyak manis (kalau tak terbakar nanti tersimpan dalam badan) & rajinkanlah minum teh hijau

Oklah chow dulu! Panjang sangat pula

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.