Cuti-cuti: Karnival Tani FPL 2016

8:58 PM
Assalamualaikum W.B.T!!

Selamat bercuti sekolah.. Dan kawan-kawan yang di IPTA/S.. how is your holiday guys? Kalau tengok kat Instagram atau FB kawan-kawan aku banyak gi cuti-cuti Malaysia sampai Semenanjung gitu... Tak salah nak cuti-cuti, nama pun semester break so rehat sekejaplah dari assignment dan FYP. Kalau tahun lepas, aku jejakkan kaki kat Pulau Mamutik dengan housemates.. tapi malang sekali tahun ni tadak bajet pula. TAPI, kampus aku ada KARNIVAL TANI FPL 2016 selama 3 hari.. Kiranya aku cuti-cuti jugaklah di kampus sendiri.

Karnival Tani FPL 2016 adalah yang kedua kali dianjurkan oleh UMS Kampus Sandakan, yang pertama kali tu masa tahun 2013 (SINI). Antara aktiviti yang diadakan masa karnival berlangsung termasuklah pameran daripada agensi kerajaan (Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, FAMA, etc. etc.), jualan, kempen menderma darah, Klinik Pertanian, pertandingan nyanyian, pertandingan memancing, dsb. Memang padatlah jadual dalam 3 hari tu. 

Yang aku jadi AJK ni sebab lab tempat FYP tak buka waktu hujung minggu. Jadi, daripada mereput siang malam dibilik (buat assignment belum tentu lagi) lebih baik aku jadi AJK, dapat juga cuci-cuci mata diluar. Event pertama yang aku terlibat: Perasmian MyAgrosis K-Shoppe. Hasilnya dapatlah aku tangkap beberapa keping gambar dan dengar ucapan Pak Din yang perghhh tu. FAMA sangat menggalakkan mahasiswa untuk meniaga lepas habis belajar dan sedia untuk bagi pinjaman kewangan tanpa faedah gituu, tapi jadilah ahli MyAgrosis dulu k ;)

ums sandakan, fpl
Event kedua: Pertandingan Memancing Terbuka UMS 2016 . Ini dianjurkan oleh UMS Investment yang datang jauh dari KK. Hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM15,000... Boleh kawin woo!! dan hadiah keseluruhan bernilai RM33,000. Pertandingan bermula dari pagi sampai ke petang (2:00pm) dan ikan bertuah tu pula seberat 3.38kg (tahun lepas 3.0kg) . Lepas seharian jadi tukang timbang ikan keli dan tilapia hasilnya hangus kulit muka dan tangan aku hahaha (Tapi gembira jugak sebab dapat makan 2 kali, penganjur sangat jaga kebajikan AJK, kami panas tapi tak lapar dan haus.. Thankyou!). Aku tak sangka ada encik tu dia masih ingat rupa aku, fuhh.. baru mau tapuk kedapatan sudah orang bilang.

Tanpa memanjangkan cerita korang tengok jalah gambar-gambar kat bawah ni, tapi tak banyaklah sebab handphone aku cepat drain sekarang ni -.-

Yang hijau tu bebudak APK, yang ungu pula kitaorang ler AJK MyAgrosis
Akhirnya rasmi jugak K-Shoppe kami
Jualan mahasiswa Tahun 2 (APK)

Adik-adikku sibuk memasak
Dia promote tapi aku suruh posing ambik gambar pula haha
Marketing yang baik mestilah senyum selalu dan tapandai malu macam budak sorang ni hahaha

Siapa ni? Entahlah, tak kenai...hahaha
Malam konsert. Ramai jugaklah yang datang
Aku jadi marshall kat tasik kecil, tasik disebelah lagi besar dari ini
Dalam banyak-banyak aktiviti, yang jualan APK tu paling dekat dihati aku. Kalau bukan kekangan bajet dah lama aku beli makanan kat setiap gerai APK tu, setiap hari. Bukan apa, sebab aku pun pernah rasa begitu juga dan perlukan support senior. Tengok adik-adik ni teringat pula masa aku muda-muda dulu, tidur lewat bangun awal selama 3 hari.

Rasanya ini program terakhir aku di UMS (fokus FYP lepas ni). Sebelum tutup bicara aku nak bagitau kat semua mahasiswa atau bakal mahasiswa, rajin-rajinlah join program sebab disitulah peluang kita untuk belajar 1 'benda' ni dan 'benda' yang aku maksudkan adalah softskills. Bila habis belajar nak cari kerja bukan senang, kompeni selalu prefer pekerja yang ada softskills, jadi bila lagi nak tambah softskills tu kalau bukan di universiti? Kau fikirlahh... haha

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.