Ke DESA Ke Kita?



Assalamualaikum W.B.T readers!





Lepas berjaya mengharungi minggu yang padat dengan fieldtrip, exam 2 hari berturut-turut, assignment individu dan kumpulan akhirnya aku dapat santai untuk update blog [Tapi bukan santai sangat pun, draf FYP kena siapkan sebab supervisor dah mula menagih hahaha]

Ceritanya begini, minggu lepas kita ada fieldtrip untuk tengok cara buat yogurt dan keju kat DESA Cattle. Disebabkan kami tak bermalam, so kena gerak awal pagi dalam pukul 6 gitu [Supaya boleh balik Sandakan awal juga]. Dalam perjalanan, masa termenung jauh tu tiba-tiba aku terpandang kat canvas bag 1 member ni, ada objek seakan warna putih didalam... YA AMPUN aku lupa bawa labcoat, Miss dah pesan beberapa hari sebelum yang kena pakai labcoat sebab masuk dalam kilang. Masa tu aku dapat rasa yang air muka aku berubah terus. Sepanjang perjalanan memang aku marah dengan diri sendiri, bas gerak lewat juga tapi kenapa aku boleh tak ingat pasal labcoat tu? Aku cuba tidur tapi tak dapat, fikir punya fikir kalau kami masuk kilang juga nanti aku cakap kat Miss sendiri [apa yang jadi belakang kira yang penting cakap dulu], lepas tu baru ada lega sikit terus aku pun terlelap hahaha... Beberapa jam kemudian, kami melewati pekan Ranau dan tak lama kemudian Gunung Kinabalu pun didepan mata menandakan kami dah menghampiri pekan Kundasang.

Say hi to Aki Nabalu!

Kalau dulu lagi sejuk tempat ni

Member-memberku

This is Luna
Memandangkan DESA Cattle tu kat tanah tinggi dan bas tak boleh naik, so kami guna van sewa. Van sewa ni sentiasa available kat pekan, korang cuma perlu bagitau destinasi dan pemandu tu boleh hantar terus.
Adoilah lupa tanya harga sewa

Sebenarnya ini kali pertama aku sampai kat DESA Cattle, ada yang tak percaya tapi itulah sebab selalu takda rezeki... masa family holiday aku pula yang tak free, so sekarang baru aku dapat jejak kaki, itupun UMS yang bawa aku [Thankyou]

Here we are!

Dah sampai kat bangunan utama, kami disambut oleh tour guide, entah apa masalahnya tiba-tiba tak jadi pula masuk kilang. Aku terus ada 2 rasa: gembira [sebab tak perlu pakai labcoat lagi hahaha] dan sedih [sebab jalan jauh tapi takda rezeki pula melawat kilang, aku mau juga tengok yogurt]. Kakak tour guide tu bawa kami jalan-jalan sekitar bangunan tu dan bagi sikit penerangan, lepas tu kami pun dismiss.. kejap kan? Sebelum itu, aku beli sekotak susu yakni lebih segar dan cuba aiskrim yogurt satu [Yang minta kirim tu sorilah aku takut beli nanti basi sayang sejaa]

Sama tak logo lembut tu??

Ok takpe lah kita tengok lembu dulu

Comel anak lembu tapi kuat tidur -_-

Memember iolls bagi minum lembu

Selpi wajib
Kira-kira pukul 12 tengahari kami bertolak balik.. TAPI, singgah makan dulu kat pekan sekejap. Yang aku ni apa lagi terus ke pasar untuk beli sayur. Aku cari bunga ros tapi macam diorang tak jual lagi [sedih] jadi aku beli strawberi hahaha... Sejam kemudian kami bertolak [ini betul-betul] dan sampai di kampus kira-kira pukul 7 petang gitu. 

ums sandakan, ums fpl
Selpi wajib lagi
Kata orang ini fieldtrip terakhir kami sebelum tamat semester, jadi aku nak ambil kesempatan untuk ucap ribuan terima kasih kat Miss Azah dan UMS sebab bawa kami keluar dari kampus [budak-budak FYP ni tension sangat] jadi kiranya dapat enjoy sekejap sambil menambah ilmu didada... chinggg! Akhir sekali, harap-harap Miss suka dengan fieldtrip report kita kahkahkah!!

ums sandakan, ums fpl
Tiba-tiba rasa sayang dengan memember semua ni hahaha
(photo by Miss Azah)


1 comment:

Eyqa Zq said...

Miss Azah is the best! :D

Ceritera. Powered by Blogger.