Escapee: Kisah kami

12:05 PM
Escapee (sebutnya: esˌkāˈpē)


Assalamualaikum W.B.T!

Hari ini aku nak kongsi sedikit maklumat [dan dah tentu pengalaman sendiri] mensia-siakan 60 minit yang ada untuk mencari jawapan semata-mata nak meloloskan diri dari penjara cintamu.. cia cia cia~~~ gurau je. Apasal pula 'mensia-siakan' nih? Nak tahu teruskan membaca *senyum senget*

Ini adalah sejenis permainan dimana korang akan dikunci dalam sebuah bilik [digelar escape room] dan korang perlu mencari petunjuk untuk merungkai satu misteri sebagai cara nak membebaskan diri dari escape room tuh, yakni dalam masa 60 minit sahaje. Game nih bermula sebagai satu permainan video di Jepun dan hari ini dah wujud pun di KK untuk mencabar mental dan fizikal korang hahahaha.. Nak cari Escapee di KK cuma ada kat Imago Mall saja ya guys tempat lain dah arwah 😞

Sumber: Facebook page Escapee

Kat Escapee ada bermacam jenis game yang korang boleh pilih mengikut jumlah pemain, tahap kesukaran dan tahap keseraman. Ada game yang susah tapi tak seram, ada jugak game yang susah lagi menyeramkan, so korang kena diskus dululah sebelum pilih nak main yang mana, takut ada pulak member tuh yang sakit jantung nanti haru-biru dibuatnya. 

Salah satu game yang popular kat Escapee, korang boleh
 nampak level game tuh apa macam

Harga pulak berbeza mengikut berapa orang pemain, tapi student paling syok sebab RM20/orang dengan syarat tunjukkan kad matrik korang [ini kat branch 1Borneo tempat lain tak pasti pula]


Nampak dok harganya? Orangnya jangan ditenung lama-lama
 hahahaha

KISAH AKU [DAN KAMI...]

Sebenarnya aku dah lama nampak pun outlet Escapee nih terpacak kat 1Borneo tuh tapi takda seru langsung nak main, setiap kali aku lepak 1B tempat nih aku lalu-lalang je sebab main interest aku ada kat sebelah tuh [KBox, bowling dan main pool..hahahaha] Entahlah satu hari tuh, si GF nih meluahkan hasrat nak cuba nasib kat Escapee tapi kalau tak cukup ahli tak jalan jugak sebab tak dapat gabung banyak idea. Kiranya lama jugak penantian dia baru kami dapat realisasikan dengan kehadiran si A sebagai ahli ketiga. Datanglah kami bertiga kat 1B.. tapi sebelum berEscapee tuh kami makan malam dulu untuk tambah tenaga *senyum senget lagi*

Usai makan malam kami pun gerak naik ke tingkat atas sekali, yang dua orang nih dah mai dah rasa longgar lutut dan lemah jantung [tapi nak jugak main kan? hahaha] Lepas tuh bincang lagi sekali nak main yang mana, adeila.. bincang punya bincang kami decide nak cuba yang AFTER DEATH, bayar RM20 lepas tuh simpan barang kat locker yang disediakan [tak boleh bawa handphone okeh ada CCTV] dan akhir sekali kami dibagi briefing cara-cara bermain dan buka mangga kunci tuh. 

1..2..3.. mula! [Tak bolehlah cerita detail kan nanti takda suprise pulak] 

*60 minutes* 
*pintu dibuka*

"Ini stage keberapa?"
"Ohh.. ini last stage"

Ala.. sedih, pasrah. Tewas kat stage terakhir, kalau saja kami tak buat benda bongok masa kat stage pertama tuh banyak masa yang kami boleh reserve untuk stage terakhir nih. Itulah yang aku maksudkan kami dah mensia-siakan 60 minit yang ada, bayangkan kat stage pertama je dah setengah jam. Mak aii, buat apa? Entahlah mungkin berfikir diluar kotak sangat kot [kotak pun entah kat mana sebenarnya <-- sarcasm]

Tips dari aku: Jangan dok berfikir saje, mesti ada action jugak. Kalaulah korang boleh tangkap pattern dalam game tuh percayalah tak sampai 30 minit pun boleh selesai. 

Keluar dari escape room, macam biasalah ambil berapa keping gambar untuk kenang-kenangan


Good game girls, mengalahkan Detective Conan! hahahaha

Ini Escapee yang kasi, thank you :)
Kesimpulannya, permainan escape nih seronok sangat especially kalau main beramai-ramai, korang boleh nampak siapa paling banyak role ataupun siapa jadi tunggul kayu hahaha,,! For sure kalau ada duit aku nak main lagi! Tapi aku nak main yang THE MAZE tuh sebab nampak macam seronok, ada sesiapa nak join?

p.s. banyak pula 'hahahaha' aku dalam entri nih -.-

1 comment:

Eyqa Zaque said...

Pernah juga sa main ni, time tu The Maze ka kalau ndak silap. lucu jugalah sebab kami main berdua seja. trus mmg rasa bongok ni. benda simple pun ndak dpt buat. hahaha.

tapi best jugalah memang. :D

Ceritera. Powered by Blogger.