Saya Pembimbing Suai Mesra (PSM)

11:29 AM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T READERS!

Mak aii.. Last entry NOVEMBER 2016??!! Ish ish ish teruknya weh.. Tapi aku mintak maaf sesangat sebab biar blog nih bersawang dan buat readers semua ternanti-nanti, "Apa agaknya yang dah jadi dengan pemilik Bunga Besi nih? Hidup lagi ke?" Alhamdulillah empunya blog masih bernafas pada hari ini malah sedang sibuk berinternship, tambahan pulak takda apa-apa yang signifikan untuk dicoret kat sini itu yang makin bersawang hahaha...

Ok enough with that. Korang apa khabar? 

Isnin lepas (1/5/2017) kat fakulti aku sekumpulan wakil pelajar [yakni MPP, PM dan JAKMAS] adakan temuduga untuk merekrut(?) pelajar sebagai Pembimbing Suai Mesra (PSM). Menatang apa PSM nih? Untuk sesiapa pernah merasai orientasi kat universiti korang mesti pernah nampak sekumpulan pelajar berbaju sedondon yang sibuk kehulu kehilir mengurus adik-adik baru, ya itulah yang kitaorang panggil PSM [Untuk UMS lah, universiti lain ada namanya sendiri]

msm, ums sandakan, ums kota kinabalu

Dalam entry nih aku nak kongsikan sedikit sebanyak pengalaman yang aku peroleh waktu bergelar seorang PSM. Sepanjang 4 tahun jadi mahasiswa UMS aku dah terlibat dengan MSM [Minggu Suai Mesra] sebanyak 2 kali, yang pertama kat UMS KK (SINI) dan kedua kat UMS Sandakan my beloved campus. 

UMS KK [MSM 20]
* Penat dan mengantuk. Kami di kursuskan selama seminggu [dikenali sebagai Perkasa PSM] sebagai satu persediaan sebelum hari kejadian. Waktu Perkasa tuh toksah cakaplah sampai jatuh sakit aku, tapi korang cuba fikirkan kalau kami tak dilatih untuk tahan mental dan fizikal apa macam agaknya kami nak sambut pelajar baharu, dah tentu lebih stress kan?
* Berkenalan dengan ramai orang baru. Aku ingat lagi dalam kumpulan Sakura dan Unit Publisiti cuma aku sorang budak UMS Sandakan, since aku solo dan alone jadi aku kena juga berkomunikasi dengan PSM yang lain, secara tak langsung improving communication skills
* Hilang rasa malu, bukan muka tembok tau hahaha. Boleh dikatakan aku nih introvert orangnya mau-mau lagi belajar kat Sandakan jadi aku cuma dikelilingi dengan kawan-kawan rapat dan penduduk lain kat FPL yang aku kenal hampir kesemuanya. UMS KK inilah yang dah ubah aku jadi sorang yang tak pandai malu, aku selamba je bercerita dengan PSM lain dan student baharu.. 
* Gila-gila happening. Aktif betul budak-budak KK, ini satu fakta bukan auta. Mula-mula aku janggal jugak tapi lama-lama aku pun terjangkit. Masa kat Dewan Canselor asal lagu MSM dimainkan aku pun tak segan-segan lagi terus menari kat situ. It is something I never did before, you believe it guys?? Perangai nih terbawa-bawa sampailah ke Sandakan...
* Belajar benda baru. Aku ditempatkan didalam Unit Publisiti dan Kewartawanan. Jadi sewaktu bertugas tuh I dapatlah timba sedikit sebanyak ilmu fotografi terutamanya etika dengan VVIP, maklumlah MSM tuh satu acara yang besar jadi kita terikat dengan peraturan tertentu. Bukan tuh saja, aku juga belajar dari unit-unit yang lain, dalam diam... waisehh

msm, ums sandakan, ums kota kinabalu

msm, ums sandakan, ums kota kinabalu


UMS SANDAKAN [MSM 21]
*  Kursus persediaan juga macam kat KK. Tapi kami panggil Mantap, ada lain sedikit daripada KK punya tapi objektif tetap sama untuk mempersiapkan diri PSM bagi menyambut junior baharu FPL.
* Handle MSM sendiri. Mulai tahun 2015 FPL dibagi mandat untuk adakan MSM secara solo, maksudnya pelajar yang dapat FPL tuh terus datang ke kampus Sandakan tak perlu transit kat UMS KK lagi. Kalau selama nih budak Sandakan cuma bergelar PSM tapi mulai MSM 21 semua pengurusan dilaksanakan 100% oleh pelajar FPL. Since itu yang kali pertama jadi aku rasa ada scary sikit kot sebab ini first impression dari FPL sama ada kami dah cukup capable untuk stand alone atau sebaliknya. Alhamdulillah we have done well
*  Penat tapi selesa. Takda kerja kat dunia nih yang senang uolls, mesti penat. Tapi kenapa aku cakap selesa sebab kampus kita ni comel je, jadi pergerakan adalah minimum. I boleh je bangun pukul sekian-sekian dan I'm still managed to arrive on time, tak perlu rush sebab semua tempat dekat-dekat. Lagi satu, tempat kau belajar kot.
*  Nervous aka seram sendiri. Untuk kali kedua nih aku masih bekerja di unit yang sama yakni Unit Publisiti dan Media jadi aku dengan rela hati buatkan video montaj untuk ditayang pada Malam Bakat. Sehari juga kot baru siap montaj tuh, alhamdulillah rata-rata penonton kasi feedback yang terbaek. Ini semua belajar dari KK jugak nih, thank you :)


Sistur on action

Entah gambar lepas taklimat apa nih, lupa


KATA-KATA TERAKHIR SISTUR SEBAGAI MANTAN PSM....

Kalau korang tak terikat dengan FYP atau apa-apa event yang menghalang korang dari join program MSM, be a PSM like us, dalam kepenatan tuh ada satu keseronokan dan pengalaman yang tak mungkin korang perolehi dari program lain. 
Kepada mereka yang terpilih, take this big opportunity to unleash your vibe *smirk* then secara tak langsung korang akan dikenali oleh junior, dan sangatlah membantu kalau nak bertanding jadi wakil pelajar hahaha... Paling penting, bila lagi nak sumbangkan sesuatu kepada universiti kan? Mahasiswa tak cukup kalau power kalau ada ilmu akademik saja, kita juga perlu ada kemahiran insaniah aka softskills

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.