Temuduga SPA 2022 dan Pro Tips

5:55 PM

 Hi guys welcome back!


The moment you read my post I've just attending my interview at SPA negeri Sabah. Nervous? Mana mungkin, mengantuk ok tunggu giliran 😆


Ini merupakan kali kedua aku ditemuduga selepas tidak berjaya pada edisi 2 tahun lepas. Persediaan aku? Aku sudah menyediakan segala yang termampu, daripada bahan bacaan sehinggalah ke sahsiah diri sebagai calon temuduga pegawai kerajaan. Investment jangan cerita begitu banyak yang aku belanjakan untuk tampil yang terbaik. 


Pagi tadi seperti biasa, aku sampai super awal tapi dah ramai orang tunggu kat dalam 😂rupanya ada yang lebih awal. Aku terus ke meja urusetia untuk semak semula fail manatau ada dokumen yang tinggal. Dapatlah nombor giliran, masa itu baru seorang yang masuk dalam bilik. Alhamdulillah part sini lepas.

Jumpa lagi kita ya pintu hikmat


Inilah dia senarai semak temuduga

sama biliklah macam yang dulu

                                                

Aku adalah calon ke 7 daripada 15 orang yang hadir pada 28.6.22, esoknya masih ada lagi. Tapi apa yang pasti bila aku congak ada beribu-ribu juga calon pegawai G41 ni tapi kekosongan baru berapa tempat. Persaingan itu amatlah sengit dan disinilah rezeki memisahkan antara saya dan mereka.


Panjang penantian aku, seorang calon tak kurang 10 minit pun temuduganya. Worst case, aku tiba-tiba migrain. Dan akhirnya sekitar 11.20am aku pun dipanggil masuk, aku target cuma 10 minit sebab aku takda apa nak cakap sangat, background pun biasa-biasa.


Tapi alangkah terkejutnya aku, aku usai temuduga tepat 12.00 tengahari. Berkenaan dengan soalan panel, dia tengoklah ko study apa dulu (sebab kalau tanya pasal kerja pun diluar bidang). Aku banyak bersedia pasal kementerian MAFI kena pula soalan jabatan negeri punya Wow, satu macam lagi dengan hal ehwal kerajaan (sistem perlembagaan, etc). Tindakan aku? Jangan buat palataolah, sematkan ini dikepala. Yang tanya bukan orang biasa-biasa tapi orang yang arif dalam bidangnya, tak tahu jawablah tetapi ada cara backup dia (saya akan membuat semula kajian dirumah, yadayada).


[Pro tip] Kalau jabatan korang ada dekat negeri, baca juga pasal negeri punya bukan fokus dengan persekutuan semata-mata.

[Pro tip] Untuk jawatan gred 41 keatas, baca juga akta-akta yang berkaitan dengan jabatan yang dipohon.


Sebelum undur diri aku diberi peluang untuk berucap sikit ini pun depends kadang tak ditanya dia thank you terus, [Pro tip] oleh itu gunakan kesempatan ini untuk jual diri kamu untuk terakhir kali, pancing minat panel kenapa harus memilih kamu. Kasilah satu jaminan yang mereka takkan salah memilih kamu. Aku pun pakai balik face mask dan face shield, dengan tertib meminta diri dan keluar dari sana tanpa membelakangi panel.


[Pro tip] Jawablah dengan bahasa inggeris sekiranya ditanya dalam bahasa itu, wajib.


Kalau nak nilai performance diri sendiri tadi, bab tatasusila saya boleh puji diri 10/10 😂 confidence boosted tau pakai blazer dan nametag. Tapi yang part jawab soalan tu kurenglah, 6/10 😞sebab aku overlook pasal kenegaraan dan akta jabatan. Alhamdulillah panel Dato' Sri dan Tuan banyak berkongsi maklumat dan dia layan saje kepalaku yang kurang sempurna ni 😖 [Pro tip] Kata akhir dari panel tak bawa apa-apa hint kejayaan atau kegagalan tau. So stay lowkey dan banyak-banyak berdoalah.


Bak pepatah orang Dusun kita merancang Tuhan tentukan 😂 Walau apapun keputusannya saya tetap bangga sebab sampai ketahap ni. Keluar saja aku dari pusat temuduga dan hari seterusnya adalah ketetapan Allah yang Maha Esa, rezeki kita orang tak boleh ambil dan begitu juga sebaliknya.


Gara-gara sakit aku tak sempat ambil gambar satu badan woo, sedih jugalah sebab bukan selalu pakai lawa-lawa camni 😞



[Pro tip] Boleh subscribe Channel Supermatt Sharing, sangat berguna untuk interview kerajaan/SPA9. Banyak calon berjaya selepas tengok sharing dari Tuan ini.

p/s: Sampai sini dulu, kalau lulus temuduga aku akan spill cara buat resume dan susunan fail. Sekarang ni masih nobody lagi 😂


kbai, assalamualaikum

Bolehlah daripada takda gambo langsung




No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.