Post COVID-19;New Pathway;etc

4:25 PM

Hello hai gais welcome back to my Channel 😝


Tak sedar rasanya dah 2 tahun selepas global dilanda pandemik yang telah mengubah macam-macam hal dalam hidup kita. Tapi pelik jugak aku dalam setahun yang pertama dikala kita semua terkurung dalam rumah masing-masing aku tak jumpa pun masa untuk update Bunga Besi 😂 Ini pun baru aku teringat ada blog sendiri selepas cari sesuatu dalam Google, Alhamdulillah ye SEO yang aku set 10 tahun lalu masih boleh dipakai, viewers pun masih banyak [Blog aku muncul dalam page pertama Google walhal lamanya tak hidup ni] 


Mungkin sebab aku bekerja dalam bidang F&B jadi gaya hidup aku yang bangun-kerja-balik-tidur tak begitu berubah macam sesetengah industri yang terus ditidurkan 😞 cumanya masa PKP tu kurang customerlah dek sekatan antara daerah dsb. But, today I'm happy to see my Kota Kinabalu starts to revive again, dengan pemansuhan physical distancing dan lebih banyak sektor yang dibuka semula. It would be nice if face mask is no longer mandatory indoors, hopefully soon lah aminn

FYI, I left Starbucks in June 2022. Aku cubalah merahsiakan hal ni sampai ke hari terakhir tapi kantoi pula sebab bagi surat depan-depan 😂Reason aku adalah sebab dapat tawaran tempat lain, sedih jugalah tapi growth is inevitable. Banyak perkara yang diajar kepada aku yang aku tiada jumpa dimakmal-makmal ataupun kuliah-kuliah. Dia punya impak yang paling besar kat aku tu adalah skill menghadap orang ramai dan sentiasa tenang walaupun gelas dah baris sepuluh dibelakang. Sebelum kerja skill aku yang begini cumalah minima, faham-fahamlah aku fulltime student dulu.

I'm proud that I ended my career gracefully [zero cases, zero laziness, 100% commitment] selalunya orang yang lagi dua minggu nak resign ni mulalah keluar pe'el dia tapi bagi aku benda ni sangatlah merugikan, 1) teammate tak sabar tunggu ko berambus, 2) bekas majikan akan kasi feedback yang tak sedap kepada bakal majikan baru.. Kan makan diri tu.

Sekarang ini aku masih bekerja dalam bidang yang sama tapi suasananya sungguhlah berbeza dengan bermajikan expatriat, kompeni pun jenis startup. Ini juga antara sebab aku memilih untuk keluar sebab aku nak cabar diri sendiri dan belajar benda baru. Pasal kompeni startup ni dia tengok niat oranglah kalau kau seorang yang prioritise gaji, memang ini bukan tempatnya; but if you want to seek knowledge yes go ahead [duit penting, ilmu pun sama penting juga]. Manalah tau aku nak meniaga sendiri pula satu hari nanti jadi ilmu yang aku kaut sana sini boleh digunapakai.

Alamak panjang pula merapunya. Oklah bai

Masa ni macam baru 2-3 bulan kerja kot. Freshiee

Bersama team terakhir, masa ni belum terfikir
 pun akan jadi begini 😂


Hari terakhir, lupalah buat task apa ni


Terpaksalah aku jadi bidan terjun sebab staff belum ada lagi,
mujur ada experience










No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.