Aku Nak...
Wishlist yang mula aku kumpulkan sejak tahun lagi alhamdulillah satu persatu menjadi kenyataan, walaupun aku tak dapat terus tapi aku akan tetap dapat benda tuh. Bukanlah anak orang berada, cuma nampak sedikit kelainan dimata orang hahaha.. Aku pun buatlah wishlist yang aku mau..
1. Dapat lesen memandu
- Aku harap kali ini takde lah bantahan dari parents, aku kira nak ambik lesen lepas habis tingkatan 5 lagi, tapi BRACES NI POTONG JALAN AKU! Tak dapatlah bapa aku nak tunaikan bebanyak request dalam masa yang sama, kena faham jugak. Memandu tuh adalah satu benda fundamental, terutamanya bila parents jauh dari kita, takyah datang ambik, kita sendiri yang balik umah, anytime hehehe. Keta tuh boleh sewa/pinjam [kalau kena bagi lagi OK sebenarnya hihihi] janji aku dapat lesen tuh dulu.
* hanya ini yang aku nak dari parents aku, yang lain aku usaha sendiri hahaha
2. Join Innity!!
- Innity nih adalah satu syarikat pengiklanan, kalau iklan tuh tau lah kan nak cari duit.. hehehe.. Innity nih dah terbukti keberkesanannya dalam pulangan $$$ kepada blogger yang pasang adds diaorang. Kalau sangat berkesan tuh, maknanya syarat permohonan pun tinggi jugak. Kelayakan minimum untuk memohon Innity ialah 200,000 PV sebulan, 200K tuh!! Setakat nih, aku belum ada hati nak cuba apply lagi since PV aku sendiri pun belum apa2 lagi hahaha, mesti kena perbaiki penulisan blog :)
3. Struggle Sem I nanti
- Macam awal, tapi takpalah ni pun wish aku jugak. Aku ada banyak sebab kenapa aku nak pecut awal2. Satunya, aku nak tebus balik pointer aku masa asasi yang tak seberapa. Lepas tuh, aku nak aim biasiswa. Kalau dapat biasiswa yg up sikit takyah lah nak harapkan elaun dari parents, satu kesenangan tuk diaorang.
4. Bowling equipment
- Kalau aku dah serius ngan satu2 benda, aku akan berusaha untuk dapatkannya termasuklah tang boling nih, aku nak jugak ada bola aku, kasut aku sendiri, baru semangat nak main hehehe
5. DSLR dan studio fotografi
- Every teens wish [taklah semua, tapi kebanyakan hehehe] Aku dah kesan bakat special nih sejak tingkatan 3 lagi, memang dah banyak kawan2 taulah kebolehan aku dalam tangkap menangkap nih. Daripada minat, aku nak kembangkan kepada studio, kalau pandai promote, ada jugak income nanti hehehe
Inilah most-wanted aku, kalau beli yang kurang priority dari 5 benda diatas nih, tunggu ada pendapatan tetap dululah cik oii..
No comments:
Post a Comment