Asasi Style
Kali nih aku akan bagi sedikit trailer tang kehidupan kami sebagai pelajar asasi. Aku akan bagi dalam bentuk yang paling termudah, semoga dengan tuh korang akan sedia maklum ngan keadaan disini dan apa yang tak baik, jangan pulak kamu warisi dari kami2 nih hehehe
1. BANGUN AWAL. Bangun lewat pun boleh tapi kalau malar sudah perangai begitu, maka terlepaslah perkara no.2 dibawah nih
2. REBUT BAS! Bas di UMS nih tak konsisten masanya, pastu bukan banyak bas yang datang pun, oleh itu terpaksalah jadi kejam sikit, macam aku nih, the bus warrior, konfem dapat naik punya, kami ada teknik rebut bas yang tersendiri hahaha
3. JADUAL PADAT. Aku nak bagitau awal2 nih, secara umumnya kuliah kami bermula pada pukul 8-10pg, tutorial pulak 10.30-11.30pg dan amali pukul 2-5ptg. Malam pun siapkan tugasan semua, memang penat. Sebenarnya terpulang pada masing2 jugak, kalau pandai urus masa, boleh pegi bersukan pada waktu petang selepas amali.
4. PROGRAM RASMI UMS. Hampir kesemua program yang diadakan di UMS wajib kami hadiri, tapi jangan risau, makanan disediakan hehehehe
5. SUKAN. Since asasi pun sebahagian daripada UMS, kami boleh sertai pertandingan yang diadakan selagi ia terbuka kepada 'semua warga UMS', ada di antara kitaorang yang sangat2 aktif dalam sukan pegi ikut pertandingan, contohnya sukan massa UMS baru2 ini
6. KK MARIII. Kalau dah bosan menatap wajah 1Borneo tu, mulalah nak round semua shopping complex yang ada kat KK macam Center Point, Suria Sabah dll [terutamanya kalau elaun masuk, shopping sakanlah semuanya] Yang nih, jangan contohi hahaha
7. NERDY. Asasi dan peraturannya tak dapat dipisahkan, dress code kami macam orang matrik jugak even dalam uni. Setiap rabu pakai baju korporat dan setiap khamis pada minggu pertama kena pakai baju batik. Baju korporat dan batik tuh menunjukkan identiti kami sebagai pelajar asasi, memang tak sama dengan yang lain :)
Ini sajalah yang dapat aku kongsikan kali ini. Apapun, mungkin ada yang tak sama dengan batch selepas kami, tapi niat asal kita sama: mau belajar. So, enjoy your asasi life tapi jangan lupa niat utama nak menuntut ilmu disini :)
Credits to: Ezzati :) |

No comments:
Post a Comment