Story of The Day: Alkisah MUET

1:03 PM
Aku baru selesai duduk test pertama MUET hari nih-800/2 [SPEAKING],
alhamdulillah masih mampu berkata-kata,
tak jugak pengsan dalam bilik ujian tuh
hahaha
tak lawak pon.
-_-
Barangsiapa yg terkena point aku tadi,
mintak2lah think out of the box, agak mencabar.

Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman, sekarang nih ialah musim MUET di tempat aku, selama 2 minggu bermula hr ini dan akan bersambung pada 9 Mac bagi ujian Reading, Writing dan Listening,
maknanya takde kuliah bagi kursus teras sepanjang 2 minggu tersebut...yeah! Jadi kami bolehlah fokus sepenuhnya kpd ujian Speaking nih.

Bertempat di bangunan PPST sendiri [Annex]



Aku tengok je bilik ujian nih dah mula berdebar2 
Kitaorang dah mock MUET sebanyak 3 kali sebelum nih tapi rasa gabra tuh tetap wujud di sanubari, 
mau tak mau kena hadapi jugak,
lagi teruk kesan sampingannya kalau tak ambik MUET,
Must think bout the future
WAJIB.

Memula skali, kitaorang masuk dalam bilik kuarantin,
So boleh practice sikit2 sebelum masuk bilik ujian,
Mujurlah aku terkena kumpulan terakhir daripada 5 kumpulan yg berSpeaking pada pagi tadi,
Extra opportunity for last drill

Daripada angka giliran tuh, boleh tau dah sapa ahli kumpulan engko yang lain,
Aku, Aina dan Safina ditakdirkan sekumpulan,
Kami terus plan sapa yg mulakan perbincangan dalam Part B dan sapa yg mengakhirinya,
Bagus cara nih, hahaha

Dah tiba kumpulan aku, gabra tuh makin memuncak2
Banyak hormon adrenalin dirembeskan
Membuatkan aku hilang konsistensi buat seketika.
Aku katakan apa yg aku fikir dan rasakan,
Takde masa nak buat ayat2 yg bombastik.
Apapun semuanya berjalan dengan lancar
Ada elemen tolong menolong.
Akhirnya,
kami sebulat suara kearah 1 konklusi,
terima kasih semua. 

p/s: Semoga berjaya kepada kawan2 yg bakal menempuh ujian ini :D


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.