Hari Terbuka Asasi Sains UMS 2013

11:48 AM
          Hari terbuka Asasi Sains ini ialah program tahunan yang diadakan oleh pihak PPST dengan kerjasama para pelajar sebagai AJK pelaksana bagi memberikan pendedahan awal mengenai program Asasi Sains khususnya kepada pelajar lepasan SPM, yang bakal menduduki SPM ataupun kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk meneruskan pengajian disini tetapi tak cukup maklumat kedatangan anda sangat dialu-alukan.

       Selepas bertanya kepada tutor kami yang baik hati, Mr. Azrul pun telah send aku 1 brochure dan tengoklah sendiri ya dibawah ni:

hari terbuka asasi ums

hari terbuka asasi ums 13


    Kalau yang tak berapa jelas dengan tulisan dalam brochure itu,ini merupakan details mengenai program tersebut:

PROGRAM: Hari Terbuka Asasi Sains UMS 2013
TARIKH/MASA: 6 Mac 2013/9.00pg-3.00ptg
TEMPAT: Bangunan Sekolah Sains dan Teknologi (SST)/Pusat Persediaan Sains dan Tekonologi (PPST)
AKTIVITI
                1. Taklimat akademik
                   1.1 Penerangan syarat kemasukan
                   1.2 Cara pengisian borang UPU online
                   1.3 Penerangan mengenai pengiraan merit
                2. Pameran akademik
                3. Demonstrasi ujikaji makmal
                4. Cabutan tiket bertuah


    Setakat dengar-dengar cerita dari senior ataupun baca dari blog ni je mana best kan, so mesti kena rasai sendiri jugak, jemputlah datang, kami menyambut kedatangan anda dengan senang hati :D

     Ini adalah inisiatif saya sendiri dan kawan-kawan bagi mengebahkan program ini khususnya kepada sekolah-sekolah menengah diluar Kota Kinabalu, dan berharap agar selepas membaca artikel ini lebih banyak sekolah yang datang ke program kami.. Syiok bah!


pictures credits to: Mr M.A.A.R :)

pembetulan: Masa telah ditukar kepada 10pg-4ptg. Harap maklum. :)

*Review utk Hari Terbuka Asasi UMS 2013 boleh klik pada link ini:
http://the-peace-seeker.blogspot.com/2013/03/hari-terbuka-asasi-ums-2013.html


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.