Cara Menarik Minat Orang Untuk Bersahabat Dengan Kita

8:12 PM
Sebelum aku mula siapkan assignment aku..
      Aku mau share 1 artikel Inggeris yang aku jumpa tadi. Mungkin sebab malu, kita kurang bergaul dan mempunyai sedikit kawan, mungkin juga kita terlalu hyperactive, hinggakan orang rasa meluat. Aku nih pun bukanlah sorang yang menyerlah 1 sekolah kenal tapi aku ada clan aku sendiri hehehe.. Jadi bagaimana nak tarik minat orang untuk berkawan dengan kita?


   

1. Jadilah seorang kawan
Ada satu pepatah inggeris yang bermaksud: "Jika anda mahukan rakan, jadilah seorang rakan."

2. Jadilah diri sendiri.
Semua orang berbeza, tak ada yang sama. Jangan tiru tingkah laku orang, cara berpakaian orang atau anda akan digelar copycat stail orang lain.

3. Tanamkan sifat bekerjasama dalam kumpulan.
Jangan goyang kaki je, kalau pun takde apa-apa tugasan. Sebaliknya bantu orang lain kot-kot mereka memerlukannya.

4. Jadilah orang yang baik kepada kawan-kawan ataupun orang yang baru dikenali.
Jika anda bersama dengan seorang yang tak femes, dengar apa yang mereka mahu katakan.

5. Besederhana itu lebih afdal.
Jangan menunjuk-nunjuk sungguhpun memang benar-benar pandai, ada rupa ataupun kaya. Kalau pun nak cakap tentang benda-benda yang orang lain takde, ringkaskan, tak perlu meleret-leret.

6. Jadilah seorang yang outgoing.
Jangan malu-malu kucing, kerana ia akan menyukarkan menarik rakan-rakan jika anda seorang anti-sosial. Mulakan langkah untuk menyapa kawan baru dan memperkenalkan diri. Sudah tentu orang mahu berkawan dengan anda.

7. Senyum dan lihatlah persahabatan anda bersinar.
Ciri-ciri itu adalah yang disukai orang, terutamanya jika anda cuba untuk senyum pada detik-detik kesukaran. Itu menandakan anda seorang yang tabah.

8. Berbudi bahasa.
Belajar untuk mendengar. Jadi seorang rakan. Jangan bergosip. Berikan keyakinan. Jadilah seorang yang bertanggungjawab. Jaga keperibadian anda. Hargailah rakan-rakan seperti apabila anda kehilangan mereka, anda akan kehilangan segala-galanya.

9. Jika orang tidak menyukai anda, ingatlah bahawa tiada insan yang sempurna.
Ada jugak yang buat-buat tak suka. Mungkin tak suka, tetapi mereka hormat anda.

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.