Aktiviti di Bulan Ramadan

1:34 PM
    Insyaa Allah dalam beberapa hari sahaja lagi umat Islam diseluruh dunia bakal mengerjakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Saya gembira, korang bagaimana?
    Dalam banyak2 bulan dalam kalendar Islam, bulan Ramadan adalah bulan yang paling special. Bulan itu menjanjikan extra pahala untuk dikumpul, lebih daripada hari2 biasa. Niat utama kita untuk berpuasa ialah semata2 untuk Allah dan juga kita nak kumpul banyak pahala. Jadi, mari kita sama2 meng'gemuk'kan puasa kita dengan aktiviti2 dibawah ni ye:

a) Mengerjakan solat tarawih
b) Menghadiri majlis2 ilmu
c) Mengaji al-Quran
d) Mengerjakan solat sunat yang lain
e) Membantu keluarga di rumah (kemas rumah ke, buat kuih raya ke)
f) Hindari daripada melakukan perkara yang sia2
g) Bersedekah

p/s: Jadikan Ramadan tahun ini lebih baik daripada yang tahun lepas, amiinn :)


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.