Sebelum Masuk Uni..

8:42 PM
    Entah dah berapa kurun tak update blog nih, padahal takde buat apa2 pun kat rumah kecuali buat kelas tuisyen bahasa Inggeris setiap petang [nanti aku cerita], aku tak dapat ungkapkan kenapa aku lama tak tulis cerita baru haha
   Pada 11 Julai lepas, seluruh negara telah heboh mengenai UPU, ya keputusan UPU dah pun keluar. Aku tengok kat twitter memang trending habislah UPU tuh, macam2 reaksi aku jumpa. Ada orang yang gembira, kecewa, dsb [terutamanya yang dapat kat Sabah dan Sarawak]. TAHNIAH KEPADA YANG DAPAT UMS :)
    Sesiapa yang dapat kat Sabah dan Sarawak tuh, jangan bersedih. Semua spekulasi tentang S&S yang tinggal atas pokok lah, takde line lah, takde jual baldi lah, dll ITU SEMUA POYO... Korang takkan dapat mengetahui kelebihan sesuatu tempat itu selagi kamu tak pergi dan tengok sendiri. Orang mungkin boleh pertikaikan S&S yang dulu, tapi dulu dan sekarang tak sama ya. Takyah takut2, kami bukan orang jahat :) 
    Keesokan harinya [12 Julai] giliran anak2 asasi UMS ini yang semak keputusan. Tapi kami special sikit, bukan cek kat UPU tapi kat laman web BPA UMS, aku dapat kos apa? Nanti aku cerita juga hahaha..
    Sekarang memang sibuk, nak urus E-daftar UMS yang tak siap2, apply biasiswa, buat medical checkup, ambik sijil SPM kat sekolah lama [dah setahun tak ambik2 lg] lepas tuh nak minta cop pengesahan semua lagi. Oh ya, yuran pengajian pun belum bayar lagi tau, sesaknya fikiran! Inilah benda2 yang nak selesai sebelum masuk uni September nih..


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.