Saya Cikgu BI :)

2:00 PM
    Pada awal Julai lepas, beberapa hari sebelum kita mula berpuasa, sepupu aku ada inbox kat facebook pada waktu pagi dan aku cuma ternampak mesej tuh pada waktu petang. Mesejnya berbunyi lebih kurang cenggini:

" Boleh jadi guru tuisyen inggeris untuk anak2 sy? Sejam sehari, bayaran nanti kita bincang"

   Sejujurnya aku terkejut! Siapa sangka yang sepupu aku akan offer sedemikian [sebelum nih belum ada rekod lagi] aku dengan pantasnya membalas "OK" dan terus bagitau kat mak aku yang aku bakal jadi cikgu [tuisyen] hihihi. Aku yang tiada bakat mengajar nih betul2 bimbang, kot2 anak2 buah aku tak dapat tangkap apa yang aku terangkan. Berikut ialah details mengenai kelas bahasa Inggeris aku;

Masa/Tempoh: Setiap petang (kecuali ada hal2 yang tak dapat dielakkan)/1 jam
Tempat: Kat rumah aku [Budak2 tuh yang datang]
Bilangan pelajar: 2 orang [Sekolah rendah masing2 berumur 11 dan 8 tahun]


    Memula sekali aku memang nervous, aku tak tahu nak ajar apa kat budak2 tuh. Jadi sebagai ice breaking, aku soal selidik kedua2 adik beradik tuh bahagian mana yang diaorang lemah. Setelah dapat mengenal pasti kelemahan diaorang, aku baru susun strategi. Aku dah bertekad untuk tolong sepupu aku seberapa banyak yang boleh sebab aku pun mau jugak budak2 tuh master bahasa ini. Lagipun, aku free pada waktu petang jadi lebih baik aku luangkan masa dengan kelas tuisyen nih.
    Sudah genap 2 minggu aku bersama2 dengan pelajar2 aku, alhamdulillah sedikit sebanyak ada peningkatan. Insya Allah selagi ada masa, selagi itu aku akan gunakan untuk diaorang :)

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.