Lepak Day (Batu 4, Sandakan)

12:54 PM
    Disebabkan oleh faktor jarak dan pengangkutan, kebiasaannya kami cuma shopping barang keperluan di Giant batu 6. Tapi lama2 jemu juga tengok tempat yang sama, makan makanan yang sama, lepak tempat yang sama dan semualah yang sama [tapi bosan mana pun tetap membeli di Giant juga (-.-)] syukurlah nak... (-.-)
    Jumaat lepas [15/11/13] ada sorang kawan lelaki nih [nama dia Wynn] sewa kereta nak keluar ke batu 4. Kebetulan pula aku ada urusan kat Maybank [Maybank paling dekat pun memang di batu 4] jadi aku dan 2 orang kawan [Au dan Corr] tumpang si Wynn sekali.
    Sebelum nih baru sekali aku jalan kat batu 4 itupun singgah Big Apple kejap. Batu 4 nih memang menarik perhatian aku, sejak kali pertama aku melintasi 2 bandar yang dinamakan sebagai Prima Square dan Bandar Indah itu. Kalau tengok sekali macam Lintas Square kat KK, tiba2 rindu sendiri pulak kat hometown tercinta. Aku memang suka sebab ada banyak tempat makan best2, butik pakaian, kedai elektronik dan kebanyakan bank ada disini [kecuali CIMB]
   Selesai urusan aku kat Maybank, aku pun cari kawan2 aku. Rupa2nya diaorang sedang makan aiskrim kat satu kedai nih, Moo Cow namanya [Eh, tak pernah jumpa kat KK nih] si Wynn cakap aiskrim sini sedap, so akupun belilah 1 cup original + oreo biscuit berharga RM9.90. Rasanya unik dan sangat SEDAPP.


    Our next stop is Secret Recipe, dari dulu aku nak makan kat sini [tapi takut pulak naik bas] so bila dah ada peluang begini aku takkan lepaskan muahaha..

Model yang tak menjadi hahaha




    Since kami tumpang kawan lelaki, peluang untuk window shopping itu agak tipis ya haha.. Tapi syukurlah kawan2 aku nih sempat masuk kat 1 butik tuh, cuci2 mata.. [Aku tak ambil port sangat pasal shopping2 nih yang penting kenyang perut]. Lepas tuh, makan shaved ice..



    Lepas tuh entah apa kegilaan yang melanda kami, kami sanggup duk kat kedai ABC tuh tunggu kedai sushi disebelahnya buka. Makan sushi pulak lepas ni??!!!


p/s: Apa yang aku boleh simpulkan daripada aktiviti kami pada hari itu, kami memang banyak makan, sikit-sikit makan (-.-) tapi memang boleh cuci2 mata kat batu 4 lagi lain kali [sebab aku belum habis round bandar2nya, harap2 ada peluang]


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.