Beli Sayur Online

11:41 AM
    Aku ada 1 masalah dengan mak aku, bila mana dia bawa aku pergi shopping. Mula2 tuh excited lah sebab ada dapat tengok2 baju lawa tapi lama2 aku naik bosan sebab round2 dekat kedai yang sama untuk berjam2 lamanya, tapi 1 helai pakaian pun mak tak beli lagi, lepas tuh aku minta izinlah nak jalan2 sendiri. Dah habis aku ronda2 1 shopping mall tuh, tengok2 dia masih kat kedai yang mula2 aku tinggalkan tadi. Aku dengan lemah gemalainya cari tempat untuk duduk, tunggulah sampai shopping mall tutup baru pulang *sigh*
    Nih aku nak tanyalah girls2 diluar sana, tak boring ko asyik dok pusing2 dalam kedai yang sama? Berjam2 pulak tu -.- 
     Aku kalau shopping memang sekejap, sebab aku pilih department store [eg: Parkson] semua jenama ada sana so aku terus pergi ke jenama yang aku selalu beli. Pulak tuh aku memang stick jenama tuh so sangat memudahkan aku untuk shopping. 
    Tapi semenjak aku shopping 1 item tuh [secara online] aku seakan2 hilang nafsu nak shopping kat kedai fizikal hahaha.. beg, pakaian, supplemen kesihatan, menda2 facial sampai DSLR sekali semua aku beli secara online. Alhamdulillah setakat nih item2 yang aku order semua tiba dengan selamat, mudah2an terus macam itulah.
    Beli secara online memang mudah, jimat wang dan bungkusan akan sampai terus ke rumah. 
 "Kalau ada pasaraya online... beli sayur online, beli ayam pun online jugak" hahaha 

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.