Kelebihan FPL Yang Patut Anda Ketahui

11:49 AM
  Sedang aku usha2 statistik dalam blog nih aku terjumpa 1 keyword yang menarik "Kelebihan UMS kampus Sandakan", aku kira orang yang search nih dapat kos FPL. Sebagai seorang senior aku rasa adalah tanggungjawab aku untuk bagi pendedahan sebegini (sebab tak ramai senior yang ada blog) jadi kalau ada orang tanya korang tau lah nak jawab apa.

LOKASI.
FPL terletak di batu 10 Sandakan, Jadi ada jauh sikit dari bandar. Oleh itu, korang akan malas untuk turun ke bandar dan lebih rela untuk stay dalam asrama. Ini boleh mengurangkan kos perbelanjaan. Aku budak asasi 2 tahun yang lepas, jadi aku merasa hidup di kampus KK dan Sandakan

ASRAMA.
Kelebihan FPL sangat didokong oleh faktor saiz asrama. Orang panggil Kolej Kediaman Lestari tapi kami panggil Banglo Lestari. Kitaorang hidup dalam 1 rumah yang ada 3 bilik berkapasiti 12 orang. Kalau pertambahan junior tidak begitu banyak insyallah tak sampai 10 orang dalam 1 rumah. Is a very spacious, you can even play badminton in the living room (metafora) tapi sungguh, tak tipu.

JARAK KE KULIAH.
Asrama dan tempat kuliah tuh sebelah2 je, tak perlu rebut2 bas, cuma perlu berjalan kaki. 

UKHUWAH (Brotherhood, Sisterhood?)
Kita orang tak ramai, campur lecturer semua lebih kurang 500 orang je. Jadi korang mampu kenali semua orang (dari tahun 1-4) sebab nampak muka orang2 tuh, orang2 nih. Makanya, berbaik2lah pada senior sebab korang sangat perlukan support mereka terutama bila handle satu2 program ataupun buat APK nanti. Senior2 nih kalau korang tak tegur diaorang tak nak bantu, hohoho

P.s. Perlu diingatkan, kampus Sandakan baru 3 tahun dalam penubuhan (tapi kos pertanian dah lama) jadi masih banyak kemudahan sedang dibina, sama2 kita doakan persatuan pelajar (MPP,PMFPL,JAKMAS) supaya terus berjuang untuk kebajikan student macam kita

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.