APK oh APK...!

10:11 PM
Dah berkurun tak update blog, serius aku sangat busy.. Minta maaf wahai blog :(

    Kalau busy pasal assignments dan kuiz tuh memang lumrah studentlah, tapi apa yang menambah2kan lagi kesibukan aku nih adalah............APK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Sejak aku dapat melihat sendiri expo APK diSINI, aku directly jatuh hati dengan subjek nih sebab dapat meniaga, buat duit dan tambah pengalaman. Akhirnya bila aku sampai ditahap ini, aku tak tahu nak gembira ataupun nangis :(

1. Mula2 sekali, kami kena cari ahli kumpulan sendiri dan tubuhkan satu syarikat [SUSAH]
2. Dalam syarikat masing2, kami kena fikirkan produk/perkhidmatan apa yang kami nak tawarkan dan tak boleh clash dengan kompeni lain [AGAK SUSAH]
3. Lepas tuh kami ambil portfolio masing2 dalam syarikat, aku memegang jawatan pembantu kepada Pegawai Pemasaran [AGAK SUSAH]
4. Kena buat BUSINESS PROPOSAL [SUSAH MACAM tut-tut-tut!]
5. Bolehlah mula meniaga kalau nak kumpul modal untuk kegunaan time event sebenar berlangsung [BEST] 
EVENT YANG DIMAKSUDKAN IALAH 'HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI SABAH 2014' yang berlangsung dikampus aku nih lah [pada hujung bulan ini]

Poster diatas menunjukkan kompeni iolls yang bernama 'GERENTI UNTUNG UOLlS ataupun GUU singkatannya, lengzai kat tengah tuh namanya SAM, dia CEO kitaorang :)
    Poster diatas di'design' sendiri oleh aku. Pada mulanya kitaorang hanya bercadang untuk ambil gambar masuk dalam resume, tapi aku tiba2 datang angin, lalu wujudlah poster ini [kang guna untuk presentation]. Tak lama jugak nak buat nih, bolehlah dalam semalaman gitu :O


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.