Perkasa PSM: Amanah, Arahan, Strategi

10:08 AM
    Sebelum memulakan entri, aku dengan kesalnya meminta maaf banyak2 kepada bakal junior kerana tidak berkesempatan untuk membalas pertanyaan korang, dalam fb mahupun twitter. Sebabnya masa itu aku sedang mengikuti Perkasa PSM di kampus induk KK. Tapi jangan risau, sekarang kami (senior2) dah dapat bantu korang seperti biasa.

Perkasa PSM ini ialah satu kursus yang diadakan khas buat PSM yang bakal berhadapan dengan MSM pada setiap tahun, dengan harapan agar PSM lebih bersedia secara mental ataupun fizikal disamping dapat memantapkan lagi softskill yang ada.
Membawa tema 1 Heart 1 Family,
menerapkan unsur kekeluargaan sesama kitaorang

    Secara jujurnya kursus ini sangat3 memenatkan tapi best. Tapi berapa banyak best itu terletak pada individu. Perkasa nih paling banyak tinggalkan pengajaran pada aku yang selama ini disiplin aku belum cukup ketat lagi.
    Aku pernah lewat datang sekali tapi salah aku jugak nih (sebab lambat gerak dari bilik, dah bilik tingkat 3), kena denda depan orang ramai, insaf terus. 
Betapa pentingnya utk korang patuhi masa, sebab korang program tak dapat mula on time. Sudah menyusahkan orang lain.
    Sepanjang kursus berlangsung, kitaorang tak pernah cukup tidur, program habis 2 pagi, bangun 5 pagi. Syukurlah ada rehat berapa jam, (kalau MT/ME memang tak tidur langsung). Betapa ₩@#%&@£ nya aku sampai terlelap depan penceramah D': malu yang teramat.
    Bekerja dalam sepasukan memerlukan idea2 yang bernas dan komitmen yang tinggi. Kepada Sakura (kumpulan aku) aku minta maaf sangat2 andai terlalu berdiam, (aku risau juga apa korang kata kat aku). Aku mungkin tak berkata tapi tangan dan kaki tak pernah diam untuk membantu. 

    Pada MT/ME, terima kasih bebanyak atas pengorbanan korang. Kamifaham kepenatan itu, jelas di air muka korang. Maafkan salah silap kami, we love you olls :)


Senarai kumpulan (sebelum aku terlupa):
Sakura
Celcom Blue
Xpax
Petronas
Goldjess
Karat
Kuning Langsat Diraja
Frozen
Angry Heart Bird
Wasabi Fighters


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.