Farm Nite 7: Creative Midnight in Paris

10:59 PM

farm night, fpl, fakulti pertanian lestari
Promotional poster

"Cepat masuk, kalau VIP sudah masuk pintu dewan akan ditutup!"


    Aku tinggalkan begitu saja kerja touch up aku yang baru setengah jalan, "ala lantaklah dewan bukan terang pun, mesti guna lampu kuning" Aku bergegas masuk ke dewan, dengan harapan pintu belum tertutup lagi. Nasib aku agak baik, selepas saja aku dan 3 orang dibelakang selesai daftar, pintu terus ditutup. Fuhh...
    Ini adalah kali pertama annual dinner kami yang diadakan didewan sendiri. Sebenarnya aku tertanya2 apa yang Mat (pengarah) dan crew2nya sudah lakukan dengan dewan serbaguna itu, bukan mudah, ada kekangan bajet. Apapun, tahniah kepada AJK Farm Nite 7.

Ada Eiffel Tower jauh disana.. Dibuat menggunakan 
sejumlah botol mineral 

Aku kira ini bunga carnation, dibuat menggunakan tisu,
kreatif

    Hampir semua perkara yang aku sukakan mengenai FN7 nih, dapat bertegur sapa semula dengan senior2 tahun 4 [terutamanya hakak yang pernah jadi housemate kami]. Selepas tuh, dapat juga snap2 gambar ngan kawan2, semuanya cantik dan segak.. 

Hakak senior ex-serumah (tengah) Padgie namanya

Hadek junior serumah (tengah) Nina namanya

Macik2ku yang gorgeous


Sebenarnya, ada 1 benda yang kureng semalam.. muka aku sendiri.

    Sebab mekap bukanlah basic thing bagi aku, jadi aku cuma berpeluang untuk buat grooming setahun sekali. Banyak masa aku buang untuk cuba  face shading tapi lama2 muka aku jadi plain juga. Konon2nya mau keluar dari 'zon selesa', ini sajalah yang aku dapat
(kiri) Muka tahun lepas nih tak cantik mana pun tapi
taklah plain sangat macam tahun nih (kanan)

Pengajaran: Lebih baik cari mekap dikedai Watson atau Guardian, dapat cuba. Puas hati.
     
    

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.