Selamat Tinggal Dunia Kepimpinan

11:52 PM
Bulan oktober ini genaplah setahun [2 semester] BB [Bunga Besi] bernaung dibawah organisasi Persatuan Mahasiswa fakulti. Tapi sejak 1/10 lagi dah tertanya-tanya sendiri "agaknya bilalah aku 'turun' nih?" tapi sampai ke saat ini belum ada tanda-tanda bila kami letak jawatan secara rasminya. Ala portfolio yang BB pegang pun bukanlah crucial sangat macam presiden dan sewaktu dengannya @ setiausaha dan sewaktu dengannya. Selama tempoh setahun BB diberi mandat sebagai Exco Penerbitan sajee [ Tapi saya budak PERTANIAN... jadi cabaran jugak tuh]. Kalau dibandingkan dengan Exco yang lain, penerbitan kiranya yang paling light, TAPI itu cuma expectation. 

Jujur saya katakan, pengetahuan multimedia yang saya ada bukanlah lvl 999 paling-paling pun Adobe Photoshop, After Effects asas, Pinnacle, AVS, MuveeReveal, etc... ini semua software  for beginners [Ada berbelas-belas jenis Adobe lagi yang belum saya master, jadi dimana pro nya, hahaha]. Tiba-tiba...... saya diberikan satu TASK dimana saya mesti terbitkan satu MAJALAH DIGITAL untuk fakulti. Sounds great tapi takda limu langsung tentang penghasilan majalah, tapi takpalah saya terima task itu sebab bila lagi nak cabar diri sendiri kan?

Mari saya terangkan sedikit-sebanyak mengenai majalah tersebut

Nama : #FPLmarii [Otak tepu memikirkan nama majalah yang sesuai]
Objektif : Untuk memperkenalkan FPL pada pelajar baharu [Majalah ini dijangka untuk terbit sebelum intake 2015/16 masuk tapi tersangkut sana sini so BB lewat terbit, tapi majalahnya tetap siap jugak]
Bil. mukasurat : 22 termasuk cover
Konsep : Santai tapi berinformasi [lah sangat]
Sumber artikel : Segala artikel/ informasi adalah sumbangan siswa/i FPL jugak, yang diperincikan oleh saya sendiri [So that makes me the editor right? Hahaha]
Perisian : Adobe Indesign [Mula-mula guna CorelDraw yang lebih senang tapi template majalah payah nak jumpa so terpaksa patah balik ke Indesign] 
Muka depan

Klik SINI untuk baca

Ya Allah peritnya masa buat majalah nih hanya Dia yang tahu.. Sehinggakan pada satu tahap tuh saya putus asa sebab kekurangan artikel untuk dimasukkan, tapi lepas meluahkan masalah pada beberapa orang yang rapat saya lebih BERTEKAD untuk siapkan. Kalau teliti betul-betul ada beberapa kesilapan minor seperti margin kiri, kanan, atas dan bawah yang 'lari' sikit. Tapi kalau nak tahu, saya dah belanjakan berapa hari semata-mata untuk perbaiki formatting. Bukannya tiada buku panduan, tapi ada sesetengah perkara yang perlu TRY & ERROR saya sendiri. 

Pendek kata, saya tetap bersyukur sebab mampu hasilkan majalah walaupun terlewat terbit [trimas pada mereka yang sudi sumbangkan artikel dan sesi temubual]. Saya berharap agar Exco selepas ini akan teruskan penerbitan majalah fakulti edisi kedua dengan membawa konsep yang lebih baik. Setahun dalam PMFPL adalah pengalaman yang berharga buat saya. 

Kini tiba masanya yang baru untuk 'naik'... :) 

TIPS: Tambahkan 'passion' dalam kerja anda, lalu yang susah hanyalah kekangan masa...



No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.