#makanfree: Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa

10:50 PM
Kemarin ada program best kat fakulti aku... [Eh apa nih, main terjah terus -.-]

Assalamualaikum W.B.T and good day Readers... :)

Sebelum aku cerita panjang-panjang tengok dulu poster dibawah nih...

fpl ums, kolej kediaman lestari ums
Seperti yang terpampang diatas, kemarin fakulti aku ada buat program bagi makanan kat student secara percuma.. Ya PERCUMA, yang dianjurkan oleh rakan-rakan dari JAKMAS LESTARI. So, sebagai mahasiswa FPL yang baik, aku pun menghadirkan diri ke kafe... [Puji diri betul hahaha]

fpl ums, ums sandakan
Persediaan sebelum program mula (Sumber: Prem)
Banyak makanan~ (Sumber: Toyib)
Aku tiba kira-kira jam 8:30 pm dan terus "Woww" tengok kafe sendiri, ramai jugak student kumpul malam tu [Selalunya bila fakulti lain datang, orang-orang tu yang penuhkan kafe]  

Maaf gambar buruk hahaha
Lepas tu aku pun ambik tempat duduk, tak lama kemudian si Prem pun bagi makanan dari meja ke meja [Bagus... Sebab aku pun malu ke depan dah, siapa suruh datang lewat hmm]
Alhamdulillah.. bukan selalu dapat makanan percuma dari student
Masa balik rumah, aku rasa ada sesuatu yang kurang. Yang kurang bukan pasal makanan, tapi informasi tentang program tu.. lagipun aku nak tahu jugak kenapa tiba-tiba ada program macam ni, konfem bersebab kan? Untuk dapatkan maklumat yang sahih, jadi aku pun carilah pengarah program [Thaiyibah aka Toyib]. Untung-untung dia tak sibuk, aku pun dapatlah buat sesi temubual sekejap melalui Whatsapp.. hahaha. 

Pertama sekali, aku tanya apa tujuan dia buat program tu, katanya mula-mula program itu dirancang untuk bagi makanan kat orang luar macam homeless gitu [bukan student] tapi sebab berlaku kes-kes mahasiswa yang tak cukup makan jugak [makan mi segera patah 4] maka jadilah program "Free Food For Mahasiswa". Lepas tu juga bertujuan untuk rapatkan hubungan antara mahasiswa, disamping memperkenalkan barisan kepimpinan JAKMAS LESTARI.   

Kalau korang ada baca dalam poster diatas ada tertulis 'Tayangan Video Pendek #videoderitaanakpalestina', pasal ini pula Toyib cakap, "Aku nak bawa isu dunia. Yang tak semua ambil berat. Yang tak semua tau derita anak-anak Palestina". Dia tambah lagi, "Sebagai sebuah negara Islam, apa yang kita dapat bantu disana aku nak bukak mata mahasiswa.. Hehehe" 

Untuk soalan terakhir, soalan tipikal lah aku tanya apa harapan dia. Jawabnya, "Harapan aku sebagai mahasiswa, sesusah-susah kita ni ada lagi yang menderita diluar sana. Semiskin-miskin kita ada lagi yang lebih miskin. Jadi aku berharap lepas program aku, mata mahasiswa [aka anak muda] akan lebih terbuka dan ambil berat tentang isu dunia. Ayuh bangkit anak muda! Ummah mmerlukan kita! Aiseh..🙊"
Pengarah dan team dia (Sumber: Toyib)
BB: Terima kasih JAKMAS Lestari atas pengisian program yang bagus bukan semata-mata makanan percuma tuu... Jadi kita mahasiswa mesti up to date bukan saja ilmu dalam kuliah  tapi juga up to date dengan isu-isu semasa.  

No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.