Sang Apron Hitam

4:10 PM
                                            Assalamualaikum and hello duu!

Based on my previous post I have mentioned about this COFFEE MASTER thing. What is that all about? How important it is to Starbucks? 

Ikut pengertian akulah kan, Coffee Master ni adalah satu program yang dipanggil Coffee Master Program (CMP) yang mana barista akan lalui satu peperiksaan teori dan praktikal berkaitan kopi. Macam exam sekolah, sebelum SPM kena ada percubaan SPM dulu kan? Same goes to CMP. In order to sit for the final exam [aka Tenth Feet] you should pass MIDCHECK as a prerequisite. Tarak lepas MIDCHECK tarak boleh ambil TENTH FEET. 

The importance to Starbucks: Secara peribadi aku berpendapat memang penting benda ni. Itulah yang melengkapkan kau sebagai seorang barista: ILMU PENGETAHUAN. Banyak orang mengelak dari CMP ni dengan alasan tiada monetary benefit [Kecuali kerja untuk Starbucks Reserve] selain dari mengenakan apron hitam. Bagi aku rugi golongan macam ni [This is my blog, my rights to voice out 😏]

Apa yang patut kau tahu?
• SEDIAKAN 2 PILIHAN KOPI AND MASTER IT 
• Coffee Tasting mesti cun
• Banyak bertanya dengan CM yang lain
• Kau kena research makanan yang padan dengan kopi pilihan kau beserta plating ideas sekali 
• Gagal? The most wonderful barista doesn't come from one succeed attempt but it's the one who keep rising again and again

About me...

Selepas tiga bulan kerja aku ditawarkan CMP. Tapi buku aku hilang der, dari bulan Julai sampai Oktober baru aku jumpa. Mungkin sebab aku sememangnya STUDENT, jadi aku tak susah khatam satu buku cuma aku slack sikit bahagian Coffee Tasting [bak kata SM aku terlalu gemuruh] so cuma itu yang merisaukan

26 Oktober 2019. Lulus MIDCHECK dengan sekali nafas. Chinggg 😌

TAPIII

Impian aku untuk present Tenth Feet secara extra tak kesampaian. Handphone dan laptop aku hilang betul-betul sehari sebelum tu [bilik sewa aku dipecah masuk] Kau rasa?? Aku macam orang hilang punca. Sampaikan alarm clock store aku pinjam untuk kejutkan aku bangun. Hilang semangat juang, dibawa lari perompak 😒 

Pagi tu aku datang store dengan 200% tawakkal dan redha kalau gagal. Setting meja aku, plating ideas, coffee tasting aku semua kelaut. Pun aku masih bersyukur sebab kawan-kawan bantu, at least tak kosonglah presentation aku ataupun takat jamu donat untuk examiner. Thank you kamurang 🥺🥺🥺 masa tu yang aku boleh harap cuma Q&A session [memang ada sesi soal jawab] dan selepas 2 jam, Alhamdulillah aku lulus.

                                  Apron hitam milikku

Perancangan seterusnya? Aku ambil ADVANCED COFFEE MASTER lah apa lagiii [bab-bab belajar ni aku tak pernah puas, sumpahlah]. Tengah mengintai peluang, moga-moga diberi kesempatan 😇


My success is yours too:
Hanif
Gazara
Sandra
Kak Sue
Fairuz

[Kamu mungkin lupa jasa kamu tapi saya tetap ingat]


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.